fbpx
Now Reading
Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Tak Benarkan Musa Panggilnya Bapa

Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Tak Benarkan Musa Panggilnya Bapa

Menurut Noh, dia sudah bersedia untuk melakukan apa cara sekalipun untuk melindungi dan berjumpa dengan Musa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari ini, kecoh di media sosial mengenai kes hak penjagaan anak angkat penyanyi, Noh Salleh dengan bekas isterinya, Mizz Nina yang dikenali sebagai Musa.

Miss Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 44, pada Isnin (5 Februari) mendakwa Noh sudah hilang sepenuhnya hak penjagaan Musa menerusi perjanjian yang pernah ditandangani.

Tidak hanya itu, Mizz Nina yang juga aktiviti kemanusiaan itu mendakwa Musa mengalami trauma yang teruk selepas lebih tiga minggu berjauhan dengan dirinya.

Noh dakwa Musa bahagia dan gembira sepanjang bersamanya

Bagaimanapun, Noh atau nama sebenarnya Mohamad Noh Salleh, 39, menepis dakwaan itu dengan memaklumkan bahawa Musa cukup bahagia dan gembira sepanjang berada dalam jagaannya.

Vokalis kumpulan Hujan itu sebaliknya mendakwa bahawa Musa lebih trauma berada di bawah jagaan Mizz Nina.

“Hanya orang yang hebat jaga Musa sahaja yang boleh buat dia gembira. Selama tiga minggu dengan kami, bangun tidur dengan kita, dia sangat gembira.

“Saya tidak pernah tengok muka Musa gembira seperti itu. Mana pergi traumanya? Kau (Nina) tak pernah jaga dia, tinggal pergi dating, Amerika Syarikat. Yang jaga Musa bibik. Trauma itu bawah jagaan dia,” katanya dipetik Harian Metro.

Noh menjelaskan hal itu selepas mahkamah terima penarikan semula kes penjagaan penuh dan inter-parte hak penjagaan sementara Musa yang difailkan Mizz Nina di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini (6 Februari).

Noh bersedia lakukan apa cara pun untuk lindungi dan jumpa Musa

Menurut Noh, dia sudah bersedia untuk melakukan apa cara sekalipun untuk melindungi dan berjumpa dengan Musa.

Jelasnya, dia akan berjuang dengan cara yang betul dan mengikut undang-undang ditetapkan demi anaknya itu.

“Saya sanggup mati untuk melindungi Musa. Saya akan buat dengan cara yang baik, bukan dengan cara fitnah di media sosial. Tidak seperti mereka, tak tahu kenapa keluar kenyataan kata culik (Musa). Saya akan ikut undang-undang, saya tidak mahu rakus,” katanya.

Noh turut persoal tindakan Mizz Nina yang cuba pisahkannya dengan Musa

Menurutnya lagi, dia turut mempersoal dan tidak mengerti dengan tindakan Mizz Nina yang cuba untuk memisahkannya dengan Musa sehingga usahanya untuk melawat kanak-kanak itu berakhir buntu dan tersekat.

“Sebenarnya daripada awal lagi saya sudah rasa sebelum dia kahwin dengan lelaki itu (Essam), dia tak bagi Musa panggil saya bapa. Ketika itu dia sudah cuba putuskan hubungan saya dengan Musa. Dia sudah rancang sesuatu.

“Hubungan anak dengan bapa ini, walaupun bukan anak kandung, saya kalau dah sayang, saya sanggup mati demi lindungi Musa,” katanya.

Noh tetap akan buat permohonan untuk dapatkan hak lawatan Musa

Berkongsi lanjut, Noh juga bakal membuat permohonan demi memastikan dia mendapat hak lawatan walaupun tahu bahawa Mizz Nina tidak membenarkan dia untuk melakukan hal tersebut.

“Saya akan memohon untuk lawatan walaupun kita tahu dia tidak akan bagi sebab sudah sekat nombor telefon (saya),” katanya.

Noh hari ini hadir dalam prosiding di hadapan hakim berhubung penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Dia ditemani dua peguamnya Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin.

Sekadar info, Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan disahkan bercerai pada Ogos 2022 lalu. Sepanjang 11 tahun perkahwinan, mereka tidak dikurniakan zuriat, namun mengambil Musa sebagai anak angkat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.