fbpx
Now Reading
Isu Ludah Atas Pentas: Pengurus Dakwa Noh Salleh Terkena Renjatan Elektrik, Mohon Maaf Pada Penonton

Isu Ludah Atas Pentas: Pengurus Dakwa Noh Salleh Terkena Renjatan Elektrik, Mohon Maaf Pada Penonton

Menurut pengurus kumpulan Hujan tersebut, tindakan yang dilakukan oleh Noh itu adalah secara spontan untuk mengalih rasa sakit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular satu video yang memaparkan aksi penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh meludah di atas pentas ketika mengadakan persembahan di Konsert Hauboom Music 2022 di Maeps Serdang, Selangor, pada 1 Oktober lalu.

Bukan sahaja meludah, ada yang mendakwa dia turut telah bertindak melemparkan ‘microphone stand’ ketika persembahan.

Perkara tersebut secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai yang menyifatkan ia satu tindakan yang tidak wajar dilakukan di hadapan ribuan penonton yang menyaksikan persembahan itu.

Baca artikel berkaitan: “Jijiknya” – Meludah Atas Pentas Sewaktu Konsert, Tindakan Noh Salleh Dikritik Ramai [Video]

Tindakan Noh tidak disengajakan, terkena renjatan elektrik

Ekoran tular video tersebut, pengurus kumpulan hujan, Ahmad Ariffin Ahmad telah tampil menjelaskan bahawa tindakan yang dilakukan oleh penyanyi itu adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

Memetik laporan Harian Metro, jelasnya, Noh pada ketika itu terkena renjatan elektrik dari mikrofon yang menyentuh mukanya yang dipenuhi peluh sehingga menyebabkan mulut penyanyi tersebut kebas.

Berpunca dari masalah teknikal, Noh tak meludah pada penonton

“Insiden yang berlaku berpunca daripada masalah teknikal. Sepatutnya Noh tampil dengan gitar, tapi terpaksa menyanyi tanpa memetik gitar pada acara itu.

“Malah mikrofon yang dipegang juga mengalami masalah. Ketika Noh meletakkan mikrofon berhampiran mulutnya, dia terkena sedikit renjatan elektrik.

“Disebabkan mulutnya kebas serta tidak banyak masa dia secara spontan meludah di atas pentas bagi mengalih rasa sakit.

“Ingin saya tegaskan dakwaan Noh meludah ke arah penonton adalah tidak benar. Jarak antara pentas dan penonton juga dipisahkan dengan besi penghadang, jadi tidak mungkin (ludah) terkena penonton,” jelas pengurus itu.

Mohon maaf jika terkena penonton

Dia yang juga dikenali sebagai Ipin turut menyatakan pihaknya memohon maaf jika tempias air liur berkenaan terkena kepada pihak penonton.

“Kalau tengok pada rakaman video itu Noh tunduk ketika meludah. Kalau dia ludah ke atas mungkin akan terkena penonton.

“Namun kalau video yang tular menyinggung perasaan orang atau penonton terkena tempias ludah Noh, kami mohon maaf kerana perkara itu tidak disengajakan,” maklumnya lagi.

Keadaan kesihatan mental Noh baik, sibuk dengan Konsert Hujan Rumah Kita

Sementara itu, Ipin turut menjawab soalan orang ramai berhubung keadaan kesihatan mental Noh berikutan beberapa kejadian yang tular melibatkannya sebelum ini.

“Setakat ini Noh berada dalam keadaan baik dan sihat daripada segi fizikal serta mental, Insha-Allah.

“Sebenarnya kami memang agak sibuk dengan persiapan Konsert Hujan Rumah Kita yang bakal berlangsung pada 5 November ini serta bisnes lain.

“Noh memang seorang yang kuat bekerja, jadi dia akan padatkan jadualnya dengan kerja. Walau bagaimanapun Noh tetap ada masa untuk diri sendiri,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.