fbpx
Now Reading
“Saya Difitnah”- Noh Salleh Nafi Dakwaan Arah Pembantu Rumah Bawa Lari Anak

“Saya Difitnah”- Noh Salleh Nafi Dakwaan Arah Pembantu Rumah Bawa Lari Anak

Menurut Noh Salleh, tiada sebarang insiden penculikan berlaku memandangkan anak angkat mereka yang dikenali sebagai Musa diambil secara sah dan selamat di bawah jagaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 3 Januari yang lalu, kami ada melaporkan berita mengenai anak seorang selebriti wanita tempatan dilarikan oleh pembantu rumahnya.

Namun, tindakan pantas selebriti yang juga merupakan bekas penyanyi itu membuat laporan polis telah menyebabkan pembantu rumah itu berjaya ditahan.

Memetik Harian Metro, hasil siasatan mendapati dia didakwa bertindak demikian kerana diarah oleh bekas suami majikannya itu untuk melarikan anak angkat mereka ketika masih bergelar suami isteri.

Meskipun tiada nama yang disebut, ramai yang mengaitkan insiden dengan vokalis kumpulan Hujan, Mohammad Noh bin Salleh atau Noh Salleh.

Baca Artikel Berkaitan: Penyanyi Kumpulan Muzik Terkenal Didakwa Arah Pembantu Rumah Bawa Lari Anak?

Noh Nafi Dakwaan Larikan Anak

Ekoran isu yang tular mengenai perkara ini, Noh akhirnya membuka mulut dan menolak dakwaan yang dibuat oleh sesetengah pihak.

Menurut penyanyi yang berusia 39 tahun itu, tiada sebarang insiden penculikan berlaku memandangkan anak angkat mereka yang dikenali sebagai Musa diambil secara sah dan selamat di bawah jagaannya.

“Saya mahu menyangkal cerita mengenai culik anak itu. Tiada penculikan langsung. Musa diserahkan oleh ibu kandungnya untuk dijaga dengan rela hati.

“Amanah dia dapat kepada saya, bukannya ada perebutan tetapi mengikut dokumen dan undang-undang. Sekarang Musa memang bawah jagaan saya. Dia tengah gembira.

“Memang saya difitnah melalui tuduhan yang teruk. Saya perlu bersuara sebab tiada unsur penculikan langsung,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Tolak Dakwaan Ditangkap Berhubung Kejadian Berkenaan

Tambah Noh, tiada penangkapan dibuat berhubung insiden berkenaan namun dia telah dipanggil oleh polis bagi tujuan membantu siasatan.

“Tiada penangkapan. Hanya pergi ke balai memberikan kenyataan. Tak ada juga yang kena gari atau masuk lokap. Polis minta kerjasama, kita bagi dan mereka faham situasi. Memang tiada unsur jenayah mahupun penculikan.

“Kita sudah cuba macam-macam, hubungi pihak sebelah sana sebab semuanya untuk Musa. Saya buang ego dengan menghubungi bekas isteri tetapi gagal.

“Saya juga sudah hubungi orang sekeliling tetapi tak tahu kenapa tidak dapat. Kalau boleh nak berdamai dan curahkan kasih sayang kepada Musa,” katanya lagi.

Akur Dengan Keputusan Mahkamah, Serahkan Musa Kepada Mizz Nina

Walau bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu yang dibuat di akaun Instagram miliknya semalam (14 Januari), Noh mendedahkan bahawa dia telah menyerahkan Musa kepada bekas isterinya, Mizz Nina pada malam Sabtu (13 Januari) yang lalu.

Menurut Noh, Mizz Nina telah datang ke kediamannya bersama suami, pihak polis dan beberapa individu lain yang tidak dikenali.

“Malam semalam (kelmarin) dalam pukul lebih kurang 8.30 malam Mizz Nina hadir di rumah saya bersama suami serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali bagi tujuan mengambil Musa daripada jagaan saya.

“Dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) mahkamah syariah sebelum sesi mediasi (berlangsung) di mahkamah syariah.

“Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya Tuhan saja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Jelas Noh lagi, tiada sebarang insiden perebutan yang berlaku pada waktu itu kerana dia percaya dengan jalan perdamaian dan kesihatan mental dan fizikal anaknya adalah lebih penting.

“Saya berharap statement (kenyataan) ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Penyanyi Kumpulan Muzik Terkenal Didakwa Arah Pembantu Rumah Bawa Lari Anak?

Baca Artikel Berkaitan: Berebut Anak, Noh Salleh Akui 6 Bulan Lalui Hidup Sukar Selepas Bercerai Dengan Mizz Nina

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.