fbpx

Berebut Anak, Noh Salleh Akui 6 Bulan Lalui Hidup Sukar Selepas Bercerai Dengan Mizz Nina

Menurut Noh lagu Manusia yang dinyanyikan oleh David Bayu adalah refleksi kepada dirinya selain mengakui lalui kehidupan yang sukar enam bulan lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar Ogos tahun lalu, industri seni digemparkan dengan berita penceraian penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh bersama bekas isterinya, Mizz Nina.

Berita duka itu telah dimaklumkan oleh kedua-dua selebriti berkenaan menerusi satu hantaran di media sosial mereka.

Terbaharu, penyanyi itu mengakui tempoh enam bulan selepas bercerai dengan aktivis kemanusiaan berusia 43 tahun berkenaan merupakan satu detik yang sukar.

Malah dia turut memaklumkan berlaku perebutan berhubung hak penjagaan anak angkat mereka yang bernama Musa.

Perkara itu dimaklumkan oleh pelantun lagu ‘Angin Kencang’ tersebut menerusi satu temubual bersama sebuah portal Indonesia di Instagram.

Lagu keempat adalah refleksi diri selain akui lalui detik sukar

Dalam temuramah tersebut, Noh telah diminta untuk menyenaraikan lima buah lagu dari negara berkenaan yang merupakan kegemarannya.

Dia kemudian menyenaraikan satu persatu dan menyebut antaranya adalah lagu Manusia yang dinyanyikan oleh David Bayu.

“Lagu Manusia benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.

“Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” ujarnya.

Noh tak pernah kongsi isu penceraian

Selepas berpisah Noh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh tidak pernah berkongsi tentang kisah penceraianya bersama Mizz Nina sebaliknya dia turut dilihat cuba mengelakkan dirinya dari berdepan dengan media.

Walau bagaimanapun, difahamkan penyanyi ini telah bertunang dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa yang berusia 30 tahun.

Dia dijangka akan menamatkan status duda bersama wanita tersebut pada September 2024.

Sementara itu, Mizz Nina pula telah menemui kebahagiannya apabila berkahwin dengan penyanyi rap dan penulis lirik, Essam Muhammad yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Mizz Nina menerusi Instagram miliknya pada 15 Jun lalu.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.