fbpx

Ketua Polis KL Akui Ada Pegawai & Anggota Bocorkan Maklumat Sulit Di Media Sosial

Menurut Allaudeen Abdul Majib, perbuatan membocorkan maklumat sulit boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi tanggungjawab setiap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjaga keselamatan orang awam selain perlu memastikan negara berada dalam keadaan aman damai.

Selain itu, pegawai dan anggota polis juga dinasihatkan untuk menjaga integriti dan memelihara kerahsiaan supaya tidak membocorkan maklumat kepada pihak ketiga.

Ketua Polis KL akui ada pegawai dan anggota bocorkan maklumat sulit di media sosial

Bagaimanapun, hari ini (14 Februari), Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengakui kebelakangan ini terdapat pegawai dan anggotannya yang telah membocorkan pelbagai maklumat sulit di media sosial.

Allaudeen menegaskan perbuatan sedemikian boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara kerana ia dilihat sebagai masalah serius yang bukan sekadar mencemarkan imej polis semata-mata.

“Oleh demikian, prinsip kerahsiaan hendaklah dipatuhi selaras Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang melarang penyebaran maklumat yang dikategorikan sebagai rahsia rasmi.

“Kepesatan perkembangan teknologi masa kini memberi peluang dan ruang kepada penyebaran maklumat ini secara berleluasa tanpa menganggap implikasi pendedahan mampu membawa liabiliti jenayah di bawah akta itu,” katanya dipetik Berita Harian.

JSJN Kuala Lumpur berjaya rampas pelbagai jenis dadah pada bulan lalu

Dalam pada itu, Allaudeen turut berkongsi kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur yang telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah pada bulan lalu.

Menurutnya, rampasan dadah itu membabitkan nilai sebanyak RM1.7 juta, iaitu sedikit rendah berbanding pada bulan sama tahun lalu iaitu RM1.8 juta.

“Statistik perbandingan tangkapan bagi Januari 2024 dan bulan sama 2023 menunjukkan peningkatan seramai 1,019 orang, iaitu 2,352 orang bagi Januari 2024 berbanding 1,333 bagi Januari 2023,” katanya lagi.

JSJK terus lakar kejayaan, tangkap seramai 421 orang dalam 366 operasi di KL

Mengenai prestasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur pula, beliau berkata ia terus memperlihatkan kejayaan dengan 366 operasi dan serbuan bersama tangkapan seramai 421 orang bagi Januari 2024.

“Selain itu, sebanyak empat kertas siasatan dibuka membabitkan pusat panggilan, di mana dua dituduh dan dua lagi masih dalam siasatan,” ujar Allaudeen.

Allaudeen berkata demikian semasa berucap dalam perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.