fbpx
Now Reading
Pengasuh Bersama 3 Anak Asuhan Cemas Rumah Dimasuki 2 Perompak Berparang

Pengasuh Bersama 3 Anak Asuhan Cemas Rumah Dimasuki 2 Perompak Berparang

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Mohd Hasni dua suspek berkenaan turut membawa lari duit bernilai sekitar RM5,000 serta barang kemas yang dianggarkan berjumlah RM50,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes pecah rumah atau penceroboh merupakan antara jenayah yang sering berlaku.

Malah kejadian seperti ini juga turut menyebabkan segelintir dari mangsa cemas sehingga boleh menyebabkan berlaku kecederaan kerana ingin mempertahankan diri dan keluarga.

Pengasuh bersama 3 anak asuhan berdepan detik cemas rumah diceroboh 2 lelaki bawa parang dan kayu

Baru-baru ini, seorang pengasuh wanita turut berdepan situasi cemas bersama tiga anak asuhannya apabila kediamannya di Bandar Behrang, Perak dimasuki dua penceroboh lelaki pada pagi 21 Februari.

Lebih menakutkan penceroboh berkenaan turut membawa senjata iaitu sebilah parang dan kayu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir insiden tersebut telah berlaku pada jam 6.30 pagi sewaktu wanita berkenaan tinggal bersama tiga anak asuhannya yang berumur enam hingga 10 tahun.

Dengar pintu rumah dibuka sebelum didatangi 2 lelaki

Jelasnya, mangsa yang berusia 59 tahun itu awalnya menyedari kehadiran penceroboh berkenaan semasa ingin ke bahagian dapur sebelum terdengar pintu pagar rumah dibuka.

“Ketika berada dalam bilik, mangsa didatangi dua lelaki bertopeng hitam terus menggeledah rumah mencari wang dan barang kemas.

“Mangsa kemudian disuruh masuk ke dalam bilik kedua yang diduduki anak asuhan yang ketika itu sedang nyenyak tidur.

“Mangsa telah mengejutkan anak asuhan terbabit dan memaklumkan rumah mereka dimasuki perompak,” katanya, lapor Berita Harian.

Wanita dan tiga kanak-kanak berkenaan kemudian diawasi oleh seorang suspek dan seorang lagi bertindak menggeledah biliknya.

Duit dan barang kemas bernilai sekitar RM50,000 turut dibawa lari

Dalam kejadian itu mereka telah mengambil beg milik mangsa yang mempunyai duit sekitar RM5,000 selain turut membawa lari barang kemas yang bernilai lebih kurang RM50,000 bersama telefon.

“Suspek juga melarikan sebuah kereta mangsa sebelum dijumpai semula kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian dekat Taman Wangsa, Behrang.”

Walau bagaimanapun, mangsa dan tiga kanak-kanak dilaoprkan tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran daripada kejadian itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, polis juga giat mencari dua suspek berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.