fbpx
Now Reading
Anak Perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Anak Perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Ditemukan Maut Berlumuran Darah

KPN turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi contohnya mangsa tertembak diri sendiri atau sebagainya selagi siasatan belum disiapkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anak perempuan kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Sabah semalam (16 April).

Memetik Awani, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tentang kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kakak berusia 16 tahun temui adik terbaring dalam bilik

Menurutnya, kakaknya yang berusia 16 tahun merupakan satu-satunya individu yang menemukan mangsa berusia 14 tahun itu terbaring di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

“Manakala bapa mangsa pula ketika kejadian berada di Kinabatangan atas urusan pemindahan rumah kerana baru berpindah setelah dinaikkan pangkat,” katanya.

Dzulbaharin Ismail dilantik jadi KPD pada 1 April lalu

Difahamkan, Dzulbaharin Ismail dilantik menjadi KPD Lahad Datu itu pada 1 April lalu bagi menggantikan Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad yang sebelum ini menyandang jawatan itu sejak November 2020.

Menurutnya lagi, proses bedah siasat akan dijalankan pada 9 pagi hari ini (17 April) dan pihaknya sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi contohnya mangsa tertembak diri sendiri atau sebagainya selagi siasatan belum disiapkan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang anak kepada Ketua Polis Daerah (OCPD) di Sabah maut selepas dipercayai tanpa sengaja tertembak diri sendiri menggunakan pistol milik bapanya.

Memetik Harian Metro, bapa mangsa ketika kejadian berada di pejabat dan pistolnya dikatakan tertinggal di rumah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.