fbpx
Now Reading
“Israel Sudah Atasi Hitler, Lebih 14,000 Kanak-Kanak Di Gaza Terbunuh” – Erdogan

“Israel Sudah Atasi Hitler, Lebih 14,000 Kanak-Kanak Di Gaza Terbunuh” – Erdogan

Perkara itu diucapkan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di mesyuarat kumpulan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di Parlimen Turki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/dunia/2024/03/06/gaza-dilanda-kebuluran-as-gesa-israel-buka-laluan-bantuan-kemanusiaan/

Pembantaian di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 kini telah melebihi setengah tahun dan sudah mengorbankan hampir 34,000 nyawa rakyat Palestin.

Lebih mendukacitakan apabila lebih 14,000 daripada jumlah tersebut adalah melibatkan kanak-kanak Gaza yang tidak berdosa.

Dengan angka setinggi ini, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan Israel telah ‘mengalahkan’ pemimpin Nazi Adolf Hitler.

Erdogan ketika mesyuarat kumpulan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di Parlimen Turki pada Rabu (17 April), berkata pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Gaza dan Tebing Barat merupakan aib dalam sejarah manusia dan dibolehkan dengan sokongan tanpa syarat dari Barat.

Tambahnya, sensitiviti Turki terhadap isu di Palestin tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa dan bahawa perjuangan tanah suci itu ‘memberi makna baharu dalam hidupnya’.

“Selagi Allah memberikan saya nyawa, saya akan terus mempertahankan perjuangan Palestin dan akan menjadi suara rakyat Palestin yang ditindas.”

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan

“Satu Minit!” – Erdogan Cabar Kepimpinan Israel

“Kami sedar bahawa ada harga yang perlu dibayar untuk mengatakan ini,” kata Erdogan dengan membandingkan antara perjuangan Hamas di Palestin dan Perang Kemerdekaan Turki yang berlaku lebih 100 tahun lepas.

Malah, beliau memaklumkan pada 15 tahun lepas ketika di Forum Ekonomi Dunia 2009 di Davos, Switzerland, beliau telah mencabar kepimpinan Israel dan penindasannya ke atas Palestin. Beliau membantah dengan menyebut “Satu minit!” berkali-kali sehingga diizinkan untuk bercakap.

“Apabila tidak ada orang lain yang bercakap, kami berdiri dan berkata: “Hamas bukan organisasi pengganas, tetapi kumpulan penentang,” tegas beliau.

Turki Azam Pertahan Perjuangan Palestin

Di samping itu, Erdogan juga telah membentangkan peta yang menunjukkan Israel menduduki tanah Palestin secara beransur-ansur sejak 70 tahun lepas di perjumpaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Agensi Anadolu.

“Kami menyokong saudara dan saudari Palestin kami dalam segala cara, terutamanya pada masa-masa yang paling sukar. Kami telah menggerakkan semua sumber kami untuk Palestin, untuk penduduk Gaza yang tertindas,” kata Presiden republik itu lagi.

Dalam masa sama, beliau mengulangi azam negaranya untuk mempertahankan perjuangan Palestin dalam mendapatkan kemerdekaan tanah suci itu tanpa mengira keadaan.

“Netanyahu Bertanggungjawab Atas Ketegangan Di Timur Tengah” – Erdogan

Pada Selasa (16 April), Erdogan dilaporkan berkata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan barisan kepimpinannya bertanggungjawab sepenuhnya atas ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah.

Beliau berkata Israel sedang cuba untuk mencetuskan konflik serantau dan serangannya ke atas kedutaan Iran di Damascus, Syria pada 1 April merupakan tindakan muktamad, lapor Reuters.

Dalam seruannya agar kesemua pihak mengambil tindakan yang tepat, beliau turut menghentam kuasa Barat yang mengutuk serangan oleh Iran, tetapi tidak pada serangan Israel ke atas kedutaan berkenaan.

Untuk info, Iran telah melakukan serangan balas bertubi-tubi ke atas Israel setelah rejim itu menyerang kedutaannya di Damascus yang membunuh dua orang jeneral dan beberapa pegawai.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.