fbpx

Penjaja Ala Bombay Di KL ‘Hilang’ Selepas Tular Video, DBKL Akan Buat Pemantauan Berkala

Menurut DBKL, penjaja warga asing berkenaan gagal dikesan di lokasi kerana didapati mereka hanya menjalankan aktiviti perniagaan pada hari Jumaat sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan peniaga warga asing yang menjual makanan street food (makanan jalanan) ala Mumbai atau Bombay di tepi jalan berdekatan Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Apa yang mencuri tumpuan ramai apabila penjaja berkenaan menyediakan makanan tanpa menggunakan sarung tangan serta tidak mengamalkan kebersihan sewaktu menyediakan makanan dan ia dikerumuni oleh pelanggan yang juga dipercayai warga asing.

Video memaparkan penjaja warga asing berkenaan telah menarik perhatian ramai yang meminta pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melakukan siasatan.

DBKL gagal kesan penjaja warga asing yang menjual berdekatan Masjid Al-Bukhary

Terbaharu, susulan tularnya video tersebut pihak DBKL telah membuat pemantauan kegiatan penjaja berkenaan namun gagal.

Ujarnya dalam satu kenyataan, DBKL telah menerima maklumat awam berhubung isu mengenai kegiatan yang dilakukan oleh penjaja terbabit menerusi video yang tular dengan tajuk ‘Penjaja Ala Bombay di KL’.

Hasil siasatan awal dilakukan, pihaknya mendapati aktiviti menjual dilakukan penjaja warga asing itu berlaku selepas solat Jumaat pada 19 April lepas berdekatan masjid berkenaan.

Penjaja tiada di lokasi, hanya jalankan aktiviti menjual pada hari Jumaat

Susulan itu, satu pasukan pegawai serta anggota penguatkuasa DBKL telah dihantar ke tempat kejadian untuk mengambil tindakan.

Namun gagal kerana penjaja terbabit tidak berada di lokasi tersebut, lapor Malaysia Gazzete.

Oleh itu, DBKL akan membuat pemantauan berkala di lokasi tersebut dan mengambil tindakan lanjut sekiranya penjaja terbabit masih melakukan perniagaan berkenaan.

Sementara itu, DBKL juga memaklumkan pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan dan mengambil tindakan segera sekiranya ada mendapat laporan dari orang awam melibatkan penjual warga asing.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.