fbpx
Now Reading
Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3 petang hingga 6 petang setiap hari selepas waktu persekolahan kecuali pada hari cuti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki didakwa bertindak ‘jijik’ apabila mengumpan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang diasuh isterinya dengan video lucah sebelum memujuknya untuk melakukan aksi seperti rakaman ditonton dan meliwatnya.

Tindakan lelaki penganggur berkenaan yang dipercayai menjadikan mangsa sebagai hamba seks telah berlaku sejak dua tahun lalu di rumahnya di Alor Gajah, Melaka.

Polis terima laporan daripada ibu mangsa, anak dakwa dilihat suami pengasuh

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada Selasa lalu (7 Mei) bahawa anaknya mendakwa telah diliwat suami pengasuhnya sejak 2022 hingga kini.

“Pengadu yang terkejut menegur serta bertanya kepada anaknya siapa yang mengajarnya melihat video berkenaan sebelum kanak-kanak itu mendakwa diajar suami kepada pengasuhnya.

“Mangsa yang juga murid Tahun Lima mendakwa suspek menyuruhnya meniru aksi video lucah itu sebelum lelaki itu meliwatnya ketika isterinya tiada di rumah,” katanya dipetik Berita Harian.

Ibu hantar anak ke pengasuh dari 3 petang hingga 6 petang

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3 petang hingga 6 petang setiap hari selepas waktu persekolahan kecuali pada hari cuti.

Difahamkan, dia menghantar anaknya ke tempat pengasuh selepas waktu persekolahan kerana pengadu keluar bekerja.

“Bertindak laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan siasatan dan menahan suspek pada jam 2 pagi di rumahnya Selasa lalu.

“Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.