Isu ‘Hentikan Boikot’ Dalam Khutbah Jumaat Di Perak, Polis Buka Kertas Siasatan
Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam masa meminta orang ramai untuk bertenang sementara menunggu penjelasan daripada Jabatan Mufti Perak berhubung isu boikot dalam khutbah Jumaat pada 24 Mei lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 24 Mei lalu, kecoh media sosial berhubung teks khutbah solat Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak yang bertajuk ‘Menghayati keadilan sejagat dalam kehidupan bernegara’.
Dalam teks tersebut Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh telah menyuarakan pandangannya berhubung isu boikot atau memulaukan perniagaan tertentu yang perlu dihentikan kerana berlawanan dengan keadilan Islam, selain ia tidak menepati sunnah Rasulullah SAW dan menjurus kepada kezaliman.
Teks itu juga turut menjelaskan boikot yang dilakukan itu juga boleh memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara.
Korang dah dengar belum pasal isu teks Khutbah Jumaat negeri Perak minggu ni? Pasal hentikan boikot. Sampai ada orang buat report polis ye! Nah aku share teks Khutbah Jumaat haritu. Apa pendapat korang? pic.twitter.com/zsv771Sgo7
— 🇵🇸 (@pkckAm) May 26, 2024
Jabatan Mufti Perak akan berikan penjelasan berhubung teks khutbah Jumaat isu hentikan boikot
Perkara itu secara tidak langsung menjadi trending hingga mengundang perhatian pelbagai pihak malah Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad juga diminta untuk mengulas mengenai isu tersebut pada 24 Mei lalu.
Menurut beliau pihak Jabatan Mufti Perak akan memberikan penjelasan berhubung maksud sebenar dalam teks khutbah berkenaan.
Penjelasan penting untuk beri pemahaman kepada masyarakat
Ini kerana penjelasan daripada pihak berkenaan adalah penting untuk memurnikan keadaan agar dapat memberikan pemahaman kepada masyarakat.
Selain itu, beliau juga mengesahkan teks itu telah disediakan pihak Jabatan Mufti dan ditandatangi Mufti Perak sendiri.
Masyarakat diminta bertenang sementara menunggu penjelasan diberikan
Beliau dalam pada masa meminta semua masyarakat untuk kekal bertenang sementara menunggu penjelasan diberikan dari pihak berkenaan.
“Nasihat saya pada orang ramai tak perlulah kita mengamuk, mengamuk tak selesai masalah, tak perlu kita menghasut, menghasut pun tak selesai masalah, jadi kita bertenang,” ujarnya lapor Astro Awani.
Polis buka kertas sisasatan selepas tular video yang disifatkan ganggu ketenteraman awam
Semalam (26 Mei), pihak polis turut membuka satu kertas siasatan selepas tular penyebaran video palsu berhubung teks khutbah Jumaat yang menyentuh isu boikot tersebut.
Jelas Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abang Ahmad kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kata beliau, laporan yang diterima adalah daripada seorang lelaki yang berusia 42 tahun pada 25 Mei lalu ekoran tidak berpuas hati terhadap satu video yang dimuat naik oleh seorang individu di TikTok.
“Daripada keterangan diberikan, lelaki terbabit menyifatkan ulasan dalam video tersebut boleh mengganggu gugat ketenteraman awam khususnya umat Islam di Perak,” katanya, dipetik Sinar Harian.
Menurut beliau pihak polis kemudiannya melakukan siasatan dan mendapati video itu dimuat naik oleh ‘Ustaz Nur’ yang mempunyai pengikut yang ramai sekitar 18,000 orang.
Video ulas isu boikot dalam khutbah Jumaat, hanya 1 laporan diterima
Tambahnya lagi, kandungan dalam video itu adalah ulasan berhubung isu boikot sewaktu khutbah pada 24 Mei lalu.
“Hanya satu laporan diterima setakat ini.
“Orang ramai dinasihatkan agar lebih peka dan sensitif dalam berkongsi maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara.”
Dakwa khutbah Jumaat seru orang ramai hentikan boikot
Menerusi video yang dimuat naik itu, lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Nur itu mendakwa khutbah Jumaat pada 24 Mei lalu di Perak ada menyeru orang ramai untuk menghentikan boikot terhadap produk yang pro kepada Zionis.
Sebagai info Mufti Perak sebelum ini ada menasihatkan orang ramai agar tidak mengamalkan kegiatan memboikot kerana perbuatan tersebut sudah bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
Menurut Wan Zahidi, aspek keadilan mempunyai kedudukan yang suci dalam Islam di mana ia wajib ditegakkan tidak kira kaum.
Umum mengetahui konflik yang berlaku di timur tengah membabitkan Palestin dan Israel masih belum berakhir.
Malah perkara itu menyebabkan banyak nyawa saudara di Palestin terkorban dan ia membuatkan ramai yang ingin bersolidariti dengan memboikot barangan atau produk yang menunjukkan sokongan terhadap Zionis.