fbpx
Now Reading
6 Benda Asas Yang Korang Perlu Tahu Bila Nak Servis Kereta [Video]

6 Benda Asas Yang Korang Perlu Tahu Bila Nak Servis Kereta [Video]

Enam benda asas ini penting untuk anda ketahui sebagai seorang pemilik kereta, secara tak langsung anda tahu setiap fungsi-fungsinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki kereta sendiri, dan apabila sudah ada kereta ia tidak cukup dengan hanya membawa dan membersihkan kereta sahaja.

Sebenarnya apabila sudah mempunyai kereta anda perlu tahu serba sedikit perkara asas tentang bagaimana untuk menyelenggara kenderaan anda.

Jadi tiadalah kes anda ditipu bila pergi bawa kereta servis nanti atau mungkin anda boleh lakukan sendiri di rumah.

Jom kami kongsikan enam benda asas yang anda perlu tahu untuk servis kereta dan cara-cara untuk memeriksa setiap item tersebut.

#1 Minyak hitam

Minyak hitam berfungsi untuk melincirkan pergerakan serta menyejukkan enjin. Jika ia digunakan terlalu lama, tekstur minyak ini akan menjadi pekat. Selain itu sekiranya terdapat kebocoran, minyak hitam anda mungkin akan berkurangan.

Jadi bagaimana nak periksa minyak hitam? Cara-caranya ialah:

  • Tarik ‘Dipstick’ dan lapkan dengan tisu atau kain, kemudian masukkan semula dipstick ke dalam lubang.
  • Tarik keluar dipstick dan anda akan nampak paras minyak di garisan yang bertanda atau begerigi (bergantung kepada jenis dipstick)
  • Jika minyak berada di paras bawah ini bermaksud minyak hitam anda kurang, manakala jika ia di paras atas ia bermaksud minyak hitam anda masih penuh.
  • Untuk mengukur tahap kepekatan minyak hitam tersebut, cuba sentuh dengan tangan dan dari situ anda boleh tahu tekstur cecair tersebut. Jika pekat ini bermaksud sudah sampai masanya untuk tukar minyak hitam yang baharu.

#2 Break oil & clutch oil

Kedua-dua minyak ini kebiasaanya tidak akan berkurangan. Namun jika ianya terjadi, mungkinada berlaku kebocoran pada kenderaan anda atau berkemungkinan juga break pad anda sudah haus dan perlu diganti.

Clutch oil pula tidak terdapat pada setiap kereta kerana ia hanya ada pada kereta manual sahaja. Jika anda menggunakan kereta automatik jangan pula cari clutch oil sebab memang tiada.

#3 Coolant

Jika anda menggunakan kenderaan yang moden coolen juga merupakan salah satu cecair yang sukar untuk berkurang sama seperti break oil dan clutch oil.

Coolant ini berfungsi untuk menyejukkan kereta dan cecair yang bagus untuk digunakan pada coolen adalah air suling.

Jika tiada air suling anda boleh juga menggunakan air paip tetapi ia tidak disarankan.

Ini kerana air paip ini mengandungi mineral yang tersendiri jadi ia boleh membuatkan komponen-komponen di dalam kereta berkarat.

#4 Differential & minyak gearbox

Dua jenis minyak ini sebenarnya tidak perlu ditukar selalu kerana mempunyai spesifik kilometer sebelum ditukar.

Oleh itu, anda disarankan hanya buat pemeriksaan dan hantar ke kedai sahaja jika hendak menukar minyak tersebut.

Kerana di bengkel mereka mempunyai peralatan yang lengkap untuk menukar dua jenis cecair ini.

#5 Oil filter

Setiap kali menukar minyak hitam anda perlu menukar oil filter kerana ia berfungsi untuk menapis segala kekotoran dalam minyak hitam anda.

cara menukar oil filter adalah buka oil filter yang lama dan letakkan sedikit lebihan minyak di sekeliling getah pada yang baru, kemudian letak di tempatnya dan pusing dengan ketat.

#6 Air Filter

Foto: Pixabay

Air filter atau penapis udara ini berfungsi untuk menapis udara yang masuk menerusi karborator. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk sentiasa periksa keadaan air filter anda.

Sekiranya tak ditukar air filter anda tidak dapat menapis udara kotor yang masuk ke dalam kereta serta boleh menyebabkan tersumbat dan angin tidak dapat masuk ke dalam kereta.

Kini anda dah tahu enam benda asas yang perlukan setiap kali nak buat penyelenggaraan pada kereta atau mungkin anda sendiri boleh periksa sama ada alat tersebut diganti atau tidak bila anda hantar ke bengkel.

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh tonton video di bawah:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.