fbpx
Now Reading
Ramadan Di Perantauan, Striker KV Kortrijk, Luqman Hakim Kongsi Pengalaman Puasa 17 Jam

Ramadan Di Perantauan, Striker KV Kortrijk, Luqman Hakim Kongsi Pengalaman Puasa 17 Jam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Untuk para peminat bola sepak tanah air, pasti anda amat kenal dengan Luqman Hakim Shamsudin, penyerang muda negara yang kini berkhidmat sebagai pemain kelab Belgium, KV Kortrijk.

Menerusi perkongsian yang diberikan kepada Astro Arena malam semalam, dia begitu teruja dengan pengalaman pertama kali menjalankan ibadah puasa di perantauan pada tahun ini.

Foto: Stadium Astro

“Sekarang sudah masuk hari kedua. Semalam seperti biasa sahaja kerana tiada sesi latihan tetapi hari ini lebih mencabar kerana ada latihan selama dua jam.

“Letih memang letih tetapi hendak buat macam mana, saya kena paksa diri juga.

“Kalau di Malaysia, latihan dalam bulan puasa cuma pada waktu malam tetapi di Belgium, kami ada latihan di sebelah pagi.”

Puasa 17 jam hanya dengan bersahur kurma

Ujarnya, dia hanya bersahur secara ringan dengan buah kurma bagi menempuhi waktu berpuasa selama 17 jam di negara itu. Dia juga tidak terlepas memasak juadah Malaysia yang merupakan kegemarannya pada hari pertama Ramadan.

Foto: IG Luqman Hakim

“Saya bersahur pada jam 4.00 pagi dan pada 4.30 pagi sudah tamat waktu bersahur. Saya hanya bersahur kurma, roti, yogurt dan air.

“Saya makan kurma untuk tenaga dan bagi saya, ia tiada masalah kerana latihan saya hanya dua jam dan boleh berehat pada sebelah petang.

“Menu semasa hari pertama berpuasa, saya terasa mahu makan nasi goreng tomyam, jadi saya ke kedai Asia di sini untuk membeli apa yang patut dan masak nasi goreng tomyam bersama udang.

“Saya hendak rasa makanan Malaysia pada hari pertama untuk mendapatkan semangat.”

Sebagai info tambahan, penyerang sensasi skuad Malaysia B23 itu telah menandatangani sebuah kontrak profesional bersama KV Kortrijk selama lima tahun.

Foto: IG Luqman Hakim

Sebelum dibenarkan menyertai kelab Belgium tersebut, dia terlebih dahulu telah berlatih dengan Cardiff City sehingga usianya mencecah genap 19 tahun pada Mac 2020.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.