fbpx
Now Reading
Whatsapp Sedang Bangunkan Dark Mode Versi Web dan Desktop

Whatsapp Sedang Bangunkan Dark Mode Versi Web dan Desktop

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini Whatsapp sudah pun memperkenalkan dark mode pada versi beta untuk peranti Android dan IOS, nampaknya mereka kini sedang membangunkan ciri-ciri sama pada dua lagi platform mereka iaitu Whatsapp Web dan Desktop.

Memetik TheNextWeb yang memetik WABetaInfo , aplikasi perbualan milik Facebook itu kini sedang membangunkan ciri-ciri berkenaan, hasil maklumat yang diterima dari seorang pembangun aplikasi , MaheShD

Ekslusif untuk anda, apa kata saksikan paparan screenshot Whatsapp Web/Desktop dengan ciri dark mode yang sedang dibangunkan :

Foto Via : WABetaInfo
Foto Via : WABetaInfo
Foto Via : WABetaInfo

Jika dilihat dari semua gambar diatas, aplikasi ini walaupun berfungsi namun pembangun Whatsapp masih perlu melakukan beberapa sentuhan bagi menyempurnakan perincian reka bentuknya; diantaranya latar belakang putih pada Emoji di keyboard yang agak ‘mencacatkan penglihatan’

Namun tidak menjadi masalah kerana ianya masih dalam pembangunan bukan?

Apa-apa pun tungu kemaskini dari Whatsapp sendiri dimana pengemaskinian itu pasti akan hadir dengan satu butang khas untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan dark mode mengikut cita rasa anda.

Cuma bila pelancarannya? Tiada siapa yang tahu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.