fbpx
Now Reading
Twitter Perkenalkan Fleets Kepada Umum, Fungsi Sama Seperti Stories

Twitter Perkenalkan Fleets Kepada Umum, Fungsi Sama Seperti Stories

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/Twitter/status/1328684389388185600

Selepas hampir 8 bulan menguji, Twitter akhirnya secara rasmi memperkenalkan Fleets kepada penggunanya.

Fungsi Fleets juga adalah sama seperti Stories yang terdapat pada sosial media lainnya seperti di Instagram, Snapchat, Youtube serta Facebook.

Menerusi satu tweet di akaun rasmi mereka, Twitter menjelaskan Fleets akan membolehkan anda menghantar teks, berkongsi Tweet, gambar atau video ke laman Twitter.

Namun ianya sama seperti stories di laman media sosial lainnya iaitu kewujudannya hanya akan kekal dalam tempoh 24 jam sahaja.

Menurut  Direktor Reka Bentuk Twitter, Joshua Harris dan Pengurus Produk, Sam Haveson hasil ujian di beberapa negara mendapti penggunaan Fleet menimbulkan suasana yang selesa di kalangan penggunanya, ia boleh dilihat apabila mereka yang mempunyai Fleet lebih banyak berintreraksi di sana

“Hasil dari ujian kami di Brazil, Itali, India, dan Korea Selatan, kami dapati Fleets membantu orang ramai merasa lebih selesa untuk menyertai sesuatu perbualan. Kami lihat mereka yang menggunakan Fleets lebih banyak bercakap di Twitter” kata mereka dipetik dari blog tersebut

Setakat ini sejumlah pengguna sudahpun memiliki fungsi tersebut , buat mereka yang belum ada usah risau proses mengemaskini untuk kesemua pengguna pasti memakan sedikit masa bukan? Jadi bersedia ia akan tiba di Twitter anda pada bila bila masa.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.