fbpx
Now Reading
Bintang Internet Hasilkan Video ‘Mukbang’ Di China Bakal Berdepan Denda RM62,000

Bintang Internet Hasilkan Video ‘Mukbang’ Di China Bakal Berdepan Denda RM62,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat industri hiburan korea pasti cukup familiar dengan video Mukbang bukan? Mula mencetus fenomena di Korea Selatan pada 2010, video yang memperlihatkan seseorang sedang menjamu pelbagai jenis makanan ini kemudian mula menjadi ikutan di seluruh dunia.

Trend ini juga tidak terkecuali di negara kita dipelopori oleh Youtuber terkenal Isaac Osman dan juga di China yang dipelopori seorang vlogger wanita bernama Mizijun.

Namun siapa sangka, trend yang semakin berkembang dan begitu popular di aplikasi Youtube dan Douyin ini berkemungkinan dilarang di China dalam masa terdekat.

Ini kerana Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Nasional China ketika ini sedang mempertimbangkan untuk menghalang konten tersebut kerana ianya disifatkan satu pembaziran terhadap makanan.

Menerusi laporan SCMP, jika lulus, mana-mana individu yang mempromosikan kandungan makan berlebihan sama ada di internet atau TV, akan dikenakan denda sehingga CNY 100,000, atau bersamaan RM62,0000.

Bukan itu sahaja, menerusi undang-undang sama kedai makan atau restoran yang mendorong pelanggan untuk memesan makanan berlebihan dan menyebabkan pembaziran yang nyata juga akan dikenakan tindakan.

Selain itu terdapat juga cadangan yang dikemukan untuk turut mendenda mana-mana pengunjung kedai makan yang gagal menghabiskan makanan. Namun jumlah denda bagi kategori ini belum lagi ditentukan oleh jawatankuasa tersebut.

Meskipun kedengaran pelik, cadangan ini bagaimanapun dilihat ada kebaikannya dimana undang-undang ini jika diluluskan mampu mengawal pembaziran makanan yang semakin kronik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.