
Perkenalkan Aplikasi Web ‘Kita Jaga Malaysia’! Orang Ramai Kini Boleh Mohon & Hulur Bantuan Secara Online
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak kempen bendera putih mula diusahakan, ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai sama ada golongan yang ingin mendapatkan atau memberi bantuan keperluan asas.
Melihat inisiatif ini telah banyak membantu individu yang kini dibelenggu kesempitan hidup, sebuah syarikat perisian Terato Tech telah memperkenal aplikasi yang mengetengahkan fungsi sama seperti kempen bendera putih tetapi berbentuk digital iaitu ‘Kita Jaga Malaysia’.

Boleh digunakan oleh penerima dan pemberi bantuan
Aplikasi web ini bukan sahaja bermanfaat kepada penerima bantuan, malah pemberi turut boleh menggunakannya untuk pin lokasi yang menawarkan keperluan harian secara percuma.
Penggunaannya juga adalah sangat mudah. Buat yang memerlukan bantuan, anda cuma perlu pin lokasi kediaman anda dan isikan maklumat yang berkaitan.

Manakala kepada individu yang ingin membuat sumbangan, anda perlu menekan pada pin berwarna merah untuk melihat jenis bantuan yang diperlukan. Anda turut boleh menghubungi penerima tersebut secara terus untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

Baru sahaja diperkenalkan pada 5 Julai
Difahamkan aplikasi ini baru sahaja direka oleh team Terato Tech pada hujung minggu lalu sebelum ia diperkenal secara rasmi menerusi akaun Twitter pengasas syarikat itu, Reza Razali pada 5 Julai iaitu semalam.
Bismillah
— Reza Razali (@rezarazali) July 5, 2021
My team @TeratoTech built thishttps://t.co/DhGJovUxPU
Late on Friday Achan had an idea to build an app utk pasang bendera online
Together with Edo, Hisyam, Basyrun this was built over the weekend.
Pls share if you encounter any bugs!
💪 https://t.co/DhGJovUxPU
Menariknya, aplikasi ini telah dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak yang memerlukan sekaligus mempermudah urusan menyampaikan bantuan kepada orang ramai.
Kredit Foto: Media Permata