fbpx
Now Reading
New Zealand Offer Visa Kerja Atau Belajar Sambil Bercuti Untuk Orang Malaysia

New Zealand Offer Visa Kerja Atau Belajar Sambil Bercuti Untuk Orang Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bercuti sambil berkerja adalah satu peluang yang sering diambil oleh golongan muda masa kini. Antara negara yang pernah menawarkan peluang seperti ini ialah Australia dan kini New Zealand

Dipetik daripada portal Imigresen New Zealand,  negara tersebut kini menawarkan peluang kepada rakyat di negara ini untuk berkerja atau belajar sambil bercuti sehingga 6 bulan menggunakan visa percutian.

Walaubagaimana pun, pemohon perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya NZ$2,250, atau kira-kira RM6,100 bagi menampung perbelanjaan ketika berada disana.

Antara syarat-syarat lain yang dinyatakan dilaman web Imigresen New Zealand adalah seperti berikut:

  • Berumur antara 18 sehingga 30 tahun.
  • Tidak dibenarkan mempunyai kerja tetap ketika berada disana.
  • Pekerjaan anda mestilah sah disisi undang-undang.
  • Tidak dibenarkan memberi perkhidmatan berunsurkan seksual.
  • Boleh bawa anak atau pasangan bersama-sama dengan visa yang berasingan.

Tambah lagi, pemohonan yang akan mula dibuka pada 23 Januari 2019 seawal jam 5 pagi ini hanya terhad kepada 1,150 pemohon Malaysia sahaja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.