Penerbangan Air Asia Anda Dibatalkan Kerana Covid-19? Ikuti Langkah Ini Untuk Membuat ‘Refund’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Boleh dikatakan wabak Covid-19 semakin hari semakin membimbangkan. Angka korban di China sahaja sudah melebih 3000 orang dengan beberapa negara lain turut mencatatkan peningkatan kematian antaranya Korea Selatan, Iran dan Itali.
Malah negara kita juga mencatatkan peningkatan kes di mana jangkitan gelombang kedua menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kepada 55 orang.
Selain menyarankan penangguhan perjalanan ke negara yang terjejas teruk seperti Korea, Jepun Itali dan Iran, Kerajaan Malaysia turut mengambil ininsiatif menyekat rakyat dari mengembara ke beberapa negara seperti China, Hong Kong, Macau dan Taiwan.
Ini menyebabkan kebanyakan syarikat penerbangan di Malaysia terutama AirAsia dan Malaysia Airlines terpaksa membatalkan kesemua jadual penerbangan ke negara-negara terbabit.
Disebabkan pembatalan ini, semua pelanggan terlibat kini diberi pilihan samaada mereka ini menukar tarikh perjalanan mereka ke suatu tarikh yang baru atau pun membatalkan terus tiket mereka.
Bagi pembatalan penerbangan AirAsia, anda diberi pilihan untuk memohon tuntutan dimasukkan terus ke akaun bank anda atau melalui akaun BigPay.
Namun satu perkata yang patut anda tahu, tuntutan ini hanya untuk tempahan penerbangan bermula sekarang hingga ke 31 Mac 2020 sahaja.
Jika penerbangan anda jatuh pada tarikh di atas sila baca cara-cara di bawah ini untuk memudahkan urusan membuat tuntutan refund anda:
#1 Layari Laman Web AirAsia disini dan pilih chat with AVA Now ( bulatan merah di bawah)
#2 Pilih REFUND > AIRASIA NEW REFUND REQUEST > FLIGHT CANCELATION REFUND > Klik YES.
#2.1 Refund
#2.2 Flight Cancellation Refund
#2.3 Air Asia New Refund Request
#2.4 Pilih Yes
#3 Lengkapkan semua maklumat yang diminta seperti nombor booking, nama keluarga, nama pelanggan, tarikh lahir dan emel yang digunakan semasa menempah tiket.
#4 Sila Taip N jika anda ingin batalkan salah satu penerbangan dan taip Y jika anda batalkan semua penerbangan (mereka yang mendapat menggunakan satu no tempahan sahaja).
#5 Pilih nama pelanggan yang ingin membuat ‘refund’ tiket (jika semua pelanggan, masukkan semua ikut format yang diminta).
#6 Taipkan satu subjek berkenaan kes tersebut.
#7 Pilih ‘refund’ pilihan anda sama ada menerusi credit account (Air Asia Big members) atau dimasukkan ke dalam akaun bank di mana anda buat bayaran terdahulu.
#8 Akhir sekali, anda akan menerima Number Case oleh AVA. Email anda juga akan menerima Number Case.
Selesai! Anda hanya perlu menunggu kerana permohonan refund anda kini sedang diproses dan kebiasannya ia akan mengambil masa sehingga 30 hari. Jika anda ingin menyemak status tuntutan anda, kembali ke portal tadi , klik chat with Ava, pilih ‘Check Refund status’ dan masukkan nombor kes anda.