fbpx
Now Reading
Ingin Menawan Hati Si Dia? Ini Tips Rutin Grooming Yang Lelaki Perlu Tahu

Ingin Menawan Hati Si Dia? Ini Tips Rutin Grooming Yang Lelaki Perlu Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang tahu bahawa first impression sangat penting bagi setiap individu kerana perkara pertama yang akan dinilai adalah penampilan kita, betul tak? Apatah lagi jika kita mahu memohon pekerjaan atau ketika kita pertama kali keluar bertemu janji dengan girlfriend.

Tambah pula, jika kita cuba berusaha untuk menarik perhatian perempuan yang kita suka pada perjumpaan pertama atau ketika dalam tempoh perkenalan. Oleh itu, korang perlu letakkan effort demi mengubah penampilan diri jika mahu perhatian si dia tertumpu ke arah korang.

Kredit: Redaksi

Terutamanya lelaki, terkadang anda tidak perlu memakai produk yang mahal untuk tampil hebat di depan si dia. Tapi, cukuplah anda hanya menampilkan imej yang kemas dari atas hingga bawah.

Jadi kali ini kami ingin kongsikan beberapa tips rutin grooming yang boleh menyebabkan si dia kelu tak terkata apa dengan penampilan anda.

Haa..pastikan korang baca sampai habis tau!

#1 TRIM YANG MANA PERLU

Kredit: Maskulin
  • Si dia akan mula perasan jika terdapat bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada muka anda.
  • Dia lebih rela berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.
  • Sebelum jumpa, pastikan penampilan anda terurus termasuklah bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.

#2 PENJAGAAN GIGI

Kredit: Sobriyaacob.com
  • Selain senyuman, gigi juga adalah salah satu daya penarik bagi wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut atau duduk di meja sambil bertentangan mata dengan anda. Jadi gigi adalah perkara yang mereka akan perasan selalu.
  • Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menyukai lelaki yang bergigi putih.

#3 BULU LEHER

Kredit: Foreo
  • Wanita dengan segera akan perasan apabila lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Jadi, bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda secara keseluruhan.
  • Untuk itu, singgahlah ke kedai gunting dahulu untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah siap mengunting rambut.

#4 KUKU JARI

Kredit: Ceritera Cinta
  • Penjagaan kuku amatlah penting bagi setiap individu kerana selain penampilan, tahap kebersihan seseorang itu dinilai dari kebersihan kukunya.
  • Tiada wanita yang ingin keluar bertemu janji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti orang yang tinggal di dalam hutan.

#5 PEWANGI

Kredit: Ide Mandiri
  • Hidung wanita sangat tajam dan boleh mengecam jika anda memakai minyak wangi secara berlebihan.
  • Bukan sahaja pewangi malah sabun badan yang kadangkala anda gunakan selepas balik dari gimnasium.
  • Jadi untuk itu, apa kata korang gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan bebas dari wangian. Pato terasa segar!

Jadi inilah tips yang dapat kami kongsikan kepada anda semua jika mahu menawan hati si dia. Sebelum berjumpa dengan si dia, pastikan penampilan anda terlihat kemas hingga membuatnya tidak berkata apa akibat begitu terpesona dengan diri anda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.