fbpx
Now Reading
Ini Tips Putihkan Gigi Kuning & Berkarat Secara Semula Jadi

Ini Tips Putihkan Gigi Kuning & Berkarat Secara Semula Jadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak kira lelaki atau perempuan pasti rasa insecure kalau gigi korang berwarna kuning dan berkarat kan? Ini kerana gigi merupakan benda pertama yang akan dilihat oleh semua orang.

Iyalah korang mesti takut kalau nak guna pemutih gigi kan sebab rasa was-was sama ada bahan kimia yang digunakan banyak ataupun tidak. Betul tak?

Jadi, kami nak kongsikan kepada korang tips yang boleh digunakan bagi memutihkan gigi korang secara semula jadi.

#1 Kunyah epal, lobak atau daun saderi

Kredit: Wanista.com
  • Ini kerana ia boleh menghilangkan sisa makanan yang terselit di celahan gigi kita.
  • Ia juga bagus untuk dijadikan sebagai snek yang sihat untuk tubuh badan kita.
  • Kalau korang kunyah 3 benda ini boleh memutihkan gigi korang tau sebab teksturnya adalah berserat.

#2 Baking soda

Kredit: FirstCry Parenting
  • Kalau kita tengok dah banyak petua menggunakan baking soda kerana sifatnya yang mampu menghakis. Tapi, jika digunakan untuk memutihkan gigi, hasilnya tidak akan begitu jelas kelihatan.
  • Caranya senang saja, bancuhkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Kemudian, berus gigi kita seperti biasa dengan menggunakan bahan tersebut dan dibilas dengan air.

#3 Garam

Kredit: MakanLena
  • Selain garam digunakan untuk memasak, ia juga mampu memutihkan gigi kita dari kelihatan kuning.
  • Ia kerana garam mampu menambah sumber mineral pada gigi dan dapat menyerlahkan warna putihnya pada gigi kita.
  • Caranya, sapukan garam pada gigi seperti penggunaan baking soda di atas dan kemudian berus serta bilas seperti biasa.
  • Walaupun ia bertindak sebagai antibakteria, tapi elakkan bubuh garam di bahagian gusi kerana boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian tersebut.

#4 Kurangkan minum kopi dan minuman bergula

Kredit: Redaksi
  • Selain rokok dan juga minuman bersoda, kopi juga merupakan musuh ketat bagi gigi kita.
  • Bagi yang selalu minum kopi, kita perlu mengurangkan pengambilannya setiap hari kerana ia boleh menjejaskan warna gigi kita daripada putih menjadi kekuningan.

#5 Makan makanan berkalsium tinggi

Kredit: hot.liputan6.com
  • Bagi sesetengah gigi berubah menjadi warna kekuningan disebabkan oleh lapisan enamel terhakis sehingga mendedahkan lapisan dentin di bawahnya yang berwarna kuning.
  • Jadi, pengambilan makanan berkalsium tinggi sangat disarankan seperti susu, keju dan brokoli kerana ia boleh membantu mengelakkan hakisan dan sekaligus mengekalkan keputihan gigi kita.

#6 Berus dan flos

Kredit: Wanista.com
  • Untuk memiliki gigi yang putih dan sihat, jangan pandang ringan soal rutin memberus gigi dan flos kerana ia sangat membantu memutihkan gigi kita.
  • Ubat gigi dapat membantu mengeluarkan kotoran daripada gigi, malah penggunaan flos dapat mengeluarkan sisa makanan yang terlekat di celahan gigi kita yang tidak dapat dibersihkan dengan sempurna ketika memberus gigi.
  • Jika membiarkan sisa makanan terlalu lama akan menghasilkan bakteria dan juga plak gigi.

Diatas antara tips yang berguna bagi memutihkan gigi kita secara semula jadi. Kalau nak gigi sihat dan putih amalkan tips ini pada gigi anda. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.