Nak Bagi Si Bulus Jadi Gemuk & Gebu? Ini Cara Buat Wet Food Homemade

Korang perasan tak kebanyakan kucing-kucing yang famous dan popular di media sosial mesti gemuk dan gebu semacam. Sampai korang tertanya-tanya apalah yang tuan dia bagi sampai jadi besar macam tu betul tak?

Kalau sebelum ini korang selalu beli wetfood untuk kucing korang, haa… apa kata kali ini korang cuba buat wet food homemade untuk kucing kesayangan dekat rumah saja. Nak tak?

Tips ini dikongsikan oleh OvaPet Premium Pet Spray di laman Facebook mereka tentang cara menyediakan wetfood tanpa mengunakan bahan pengawet, garam bahkan pewarna dalam makanan si comel. Yang penting, kucing korang mesti suka sebab sedap dan lazat.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Kredit: Facebook/ OvaPet Premium Pet Spray
  • Ikan/daging/ayam (direbus) – protein
  • Labu rebus – Mineral
  • Lobak rebus – vitamin
  • Agar-agar (optional) – untuk tekstur

NOTE:

  • Rebus kosong tanpa garam
  • Air rebusan ayam/ikan/daging jangan dibuang
  • Guna ayam/ikan/daging yang fresh sebab sesetengah kucing memilih tak nak makan kalau tak fresh
  • Elakkan ayam/ikan/daging/telur mentah yang tidak dimasak kerana mengandungi bakteria merbahaya kepada haiwan

CARA MENYEDIAKAN MAKANAN WETFOOD HOMEMADE BAGI SI COMEL

  • Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
Kredit: Facebook/ OvaPet Premium Pet Spray
  • Masukkan sekali air rebusan ikan/ayam tadi dan blend halus.
Kredit: Facebook/ OvaPet Premium Pet Spray
Kredit: Facebook/ OvaPet Premium Pet Spray
  • Ini tekstur selepas dikisar. Kalau puas hati dengan kepekatan wet food tersebut, tak perlu tambar agar-agar ya.
    1. Kalau terlalu cair boleh guna agar-agar. Hanya perlu masak sedikit agar-agar bersama air sehingga larut. Kemudian, masukkan bahan blend tadi, kacau sebati dan biarkan sejuk.
    2. Kalau terlalu pekat, boleh tambah air rebusan ayam/ikan dan gaul sebati.
Kredit: Facebook/ OvaPet Premium Pet Spray
  • Untuk hasil yang lebih menarik, boleh letakkan isi ayam/ikan dalam wet food tadi.
Kredit: Facebook/ OvaPet Premium Pet Spray
  • Gaul sebati.
Kredit: Facebook/ OvaPet Premium Pet Spray
  • Siap! Boleh dihidang terus atau simpan dalam bekas. Kalau nak tahan lama, boleh simpan dalam peti ais.
Kredit: Facebook/ OvaPet Premium Pet Spray

Inilah rahsia macam mana kucing-kucing peliharaan boleh jadi gemuk dan gebu. Harap lepas ini kucing korang bertambah gemuk selain sihat sebab makan makanan yang berkhasiat tanpa sebarang bahan pengawet pun. Selamat mencuba!

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

10 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

11 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

12 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

13 hours ago