fbpx
Now Reading
Trick Paling Mudah Hilangkan ‘Maskne’ Dan ‘Lipstick’ Melekat Pada Pelitup Muka

Trick Paling Mudah Hilangkan ‘Maskne’ Dan ‘Lipstick’ Melekat Pada Pelitup Muka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam situasi pandemik ini, pemakaian pelitup muka adalah sangat penting untuk mengurangkan sebarang risiko penyakit berjangkit Covid-19 daripada tersebar dengan mudah.

Selain itu, ia juga merupakan perkara yang paling penting untuk dilakukan demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di negara kita.

Namun hal lain yang muncul setiap kali memakai pelitup muka adalah masalah ‘mask acne’ atau lebih dikenali sebagai ‘maskne’.

Ia adalah perkara biasa boleh dialami kerana pori muka menjadi lebih mudah untuk tersumbat dan cenderung untuk berpeluh, dimana menggalakkan lagi terjadinya maskne.

Manakala satu masalah lain lagi yang perlu dihadapi oleh golongan wanita adalah ‘lipstick’ tertanggal dan melekat di bahagian dalam pelitup muka.

Bergantung kepada jenis lipstick yang diguna, ada juga yang melekat serta merta setelah pelitup muka dipakai.

Menerusi sebuah ‘trick’ kongsian Dr Sandra Raman di akaun TikTok miliknya, kini masalah-masalah yang dihadapi seperti maskne dan lipstick melekat di pelitup muka boleh dikurangkan.

@drsandramd

hahaha! jumpa dh trick utk kurangkan mask acne dan jg selesa pakai 💄 ##tiktokguru ##drsandramd ##doctortiktok

♬ original sound – Sandra Raman MD

Video yang mendapat hampir 100 ribu kali tontonan ini sememangnya mudah dan cepat untuk dilakukan. Malahan ‘face inner bracket’ digunakan boleh didapati dengan harga yang cukup murah.

Semoga perkongsian ini boleh memberi bermanfaat dan tiada lagi masalah untuk memakai pelitup muka dengan lebih yakin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.