fbpx

Pelitup Muka Tak Wajib Dalam Pengangkutan Awam & Fasiliti Kesihatan Mulai 5 Julai

Pesakit Covid-19 bagaimanapun masih dikehendaki untuk memakai pelitup muka dan ketika berada di fasiliti kesihatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemakaian face mask (pelitup muka) tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan premis kesihatan berkuat kuasa Rabu, 5 Julai ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dilakukan susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lalu bahawa status Covid-19 tidak lagi berada pada kategori Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern – PHEIC).

Sebubungan itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat semakan semula dan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan penilaian situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini.

Individu Positif Covid-19 dikehendaki memakai pelitup muka

“SOP pemakaian pelitup muka yang dahulunya diwajibkan ke atas pesakit Covid-19, semasa berada di dalam pengangkutan awam (kecuali kapal terbang) dan di fasiliti kesihatan, telah dikemas kini mengikut ketetapan berikut dan berkuat kuasa mulai 5 Julai 2023.

“Individu dikehendaki memakai pelitup muka adalah bagi kes positif Covid-19 dan ketika berada di fasiliti kesihatan mengikut amalan Kawalan dan Pencegahan Infeksi semasa berhadapan atau mengendalikan pesakit,” kata Dr. Zaliha dipetik dari Utusan.

Pelitup muka digalakkan untuk beberapa kategori

Beliau bagaimanapun menjelaskan pemakaian pelitup muka amat digalakkan berdasarkan penilaian kendiri untuk:

  • Individu berisiko tinggi seperti warga emas
  • Individu dengan penyakit kronik
  • Individu dengan imuniti rendah
  • Ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di lokasi pengudaraan kurang baik.

Selain itu individu yang bergejala respiratori turut digalakkan memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain dan semasa berada dalam perkhidmatan pengangkutan awam.

Tempoh isolasi dipendekkan

Tambah Zaliha lagi, tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari gejala pertama.

Jelasnya, ini kerana kajian mendapati bahawa infektiviti kes COVID-19 tinggi pada lima hari pertama dari onset gejala dengan viral load yang tinggi pada tempoh berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.