
Doktor Pakar Kulit Ini Kongsi 8 Tips Bebaskan Diri Korang Daripada Jerawat
Mempunyai jerawat sememangnya membuatkan seseorang jadi tertekan selain hilang keyakinan diri, usah bimbang jom kami kongsikan cari hilangkannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jerawat merupakan sesuatu perkara yang sangat menjengkelkan buat setiap orang yang memilikinya.
Bukan itu sahaja, mempunyai jerawat tidak kiralah di bahagian muka atau badan sekalipun pasti akan membuatkan seseorang berasa tertekan malah lebih parah ada yang sehingga kurang keyakinan diri.
Tidak kurang juga ada yang sehingga tidak mahu keluar di khalayak ramai akibat malu dengan wajah sendiri.
Walau bagaimanapun, korang sebenarnya tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya apa yang penting anda perlu bersabar dan tidak menggunakan sebarang produk yang boleh membahayakan kesihatan kullit.
Baru-baru ini, seorang pakar kulit, Dr Lyana Kamal telah berkongsi beberapa tips yang mudah di Twitter untuk membebaskan diri korang dari terus dibelenggu dengan masalah jerawat.
Jom kami kongsikan 8 tips yang mudah untuk diikuti:
#1 Cuci muka

Tidak kiralah anda mempunyai jerawat ataupun tidak, kebersihan kulit muka hendaklah sentiasa dijaga dan dijadikan rutin. Mencuci muka sebanyak dua kali sehari sudah memadai.
Apa yang penting elakkan minyak serta kotoran daripada menyumbat liang pori. Korang juga tidak disarankan untuk terlalu kerap menggunakan scrub secara berlebihan kerana ia menyebabkan jerawat menjadi merah dan luka.
1) Cuci muka.
— Lyana Kamal (@Dr_Aween_LiaNa) August 31, 2022
– 2 kali sehari memadai. Elakkan minyak & kotoran dari menyumbat liang pori. Jgn cuci terlalu kerap & elakkan penggunan scrubs yg berlebihan. Boleh menyebabkan jerawat jadi merah & luka. pic.twitter.com/NMZqsz8u8l
#2 Buang mekap dengan bersih

Penggunaan mekap sememangnya membuatkan seseorang kelihatan lebih cantik selain dapat meningkatkan rasa yakin pada diri, namun mekap yang tidak dibersihkan dengan betul sebenarnya boleh membuatkan kulit anda mempunyai jerawat yang dipanggil ‘acne cosmetica’.
Pastikan anda membuang mekap pada wajah dengan bersih sehingga tiada lagi saki-baki yang tertinggal.
#3 Tukar mask selalu

Sejak berlakunya Covid-19 kita semua telah diwajibkan untuk sentiasa memakai mask terutama jika berada di kawasan yang tertutup dan mempunyai ramai orang.
Korang semua dinasihatkan untuk mengelakkan daripada menggunakan mask yang sama lebih daripada 3 hari.
Selain itu, korang juga boleh menggunakan pelembab kulit terlebih dahulu untuk mengurangkan geseran mask berkenaan pada kulit (acne mechanica /maskne). Pastikan juga pelembab itu tidak menyumbatkan liang pori (Non comedogenic).
3) Tukar mask selalu.
— Lyana Kamal (@Dr_Aween_LiaNa) August 31, 2022
– Elakkan penggunaan mask sama melebihi 3 hari. Sebelum pakai mask, sapu dulu pelembab utk kurangkan geseran mask pada kulit (acne mechanica/maskne). Pastikan pelembab ada tulis non comedogenic (tidak sumbat liang pori).
#4 Berhenti merokok

Merokok bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan organ dalaman seseorang. Malah perokok turut berdepan risiko mempunyai jerawat lebih daripada dua kali ganda.
#5 Kurangkan berat badan

Berat badan yang berlebihan atau obesiti juga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah jerawat.
Oleh itu, jika korang mempunyai berat badan yang tidak ideal cuba untuk turunkan berat sedikit demi sedikit yang penting dengan cara yang sihat.
5) Kurangkan berat badan.
— Lyana Kamal (@Dr_Aween_LiaNa) August 31, 2022
– Berat bdn berlebihan & obesity mempunyai perkaitan sgt rapat dgn jerawat.
#6 Kurangkan stress

Tidak dinafikan rutin harian boleh membuatkan kita tertekan.
Apabila sudah tertekan, jerawat diwajah juga seronok membiak hingga buatkan korang lebih tertekan lagi.
Jadi cuba cari apakah punca yang menyebabkan anda tertekan dan cuba untuk mengawalnya.
#7 Kawal diet

Apabila nampak makanan memang semuanya rasa sedap dan nak makan macam-macam tapi lupa pula jerawat yang sedang seronok membiak di wajah korang tu.
Bukan tidak boleh makan, tetapi korang perlu pandai mengawalnya. Kurangkan pengambilan makanan seperti karbohidrat yang tinggi dan susu.
Namun, setakat ini makanan berminyak belum terbukti untuk mengukuhkan ia punca untuk membuatkan jerawat korang menjadi teruk.
Malah korang dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sahaja.
7) Control diet!
— Lyana Kamal (@Dr_Aween_LiaNa) August 31, 2022
– Kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi (high glycaemic load diet) & susu. Setakat ini, makanan berminyak belum terbukti secara kukuh boleh menerukkan jerawat. Sy selalu nasihatkan amalkan pemakanan yg sihat saja terus, kan senang? =) pic.twitter.com/gYZGDp7ZG8
#8 Rawat awal

Apabila mempunyai jerawat anda perlu cepat bertindak terutama memilik jerawat yang kecil serta tidak teruk ia dapat memberi kesan kepada pengambilan ubat.
Jangan pula tunggu sehingga keadaan menjadi teruk baru hendak mendapatkan rawatan, lagi lambat ia dirawat maka lagi tinggilah risiko untuk kulit korang mempunyai parut hitam dan parut yang dalam.
Ok itu sahaja for today, semoga bermanfaat!
— Lyana Kamal (@Dr_Aween_LiaNa) August 31, 2022
Ps : Gambar dari Dermnet dan carian google.
Yang benar,
Dr Syazween
Pakar Kulit xx
Haa semua tips yang dikongsikan oleh Dr Lyana ini mudah sahaja bukan, korang pun tak perlu untuk menghabiskan duit dengan perkara yang tak pasti.
Cuba lakukan apa yang telah dicadangkan ini dan lihat hasilnya pada kulit wajah pasti ia sedikit sebanyak membantu untuk buat korang happy bila nampak jerawat di wajah mula berkurangan.