Baru Mudah Lulus! Ini Cara Untuk ‘Baiki’ Debt Service Ratio (DSR) Sebelum Membuat Permohonan Pinjaman

Kami yakin ramai dari anda pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu pinjaman. Namun apabila berbicara tentang permohonan pinjaman, ramai yang tidak mengetahui syarat-sayat untuk mudah lulus antaranya DSR dan kepentingannya dalam membuat permohonan pinjaman baharu.

Apa itu DSR?

Debt service ratio (DSR) atau nisbah pembayaran hutang merujuk kepada perbandingan antara jumlah pendapatan bulanan seseorang dengan jumlah pembayaran bulanan bagi hutang yang dimiliki.

DSR biasanya digunakan oleh bank dan institusi kewangan lain untuk menilai keupayaan seseorang untuk membayar hutang mereka.

Ia juga menjadi penanda aras sebelum bank meluluskan sebarang pinjaman yang akan dibuat oleh seseorang individu.

Cara Pengiraan DSR

Untuk mengira DSR, jumlah pembayaran bulanan bagi semua hutang (seperti pinjaman rumah, kereta, kad kredit, dan sebagainya) dibahagi dengan jumlah pendapatan bulanan.

DSR = Jumlah komitmen hutang bulanan / Jumlah pendapatan bulanan

Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai pembayaran bulanan sebanyak RM3,000 untuk semua hutang mereka dan pendapatan bulanan sebanyak RM8,000, maka DSR mereka adalah 0.375 atau 37.5%.

Semakin Rendah DSR, Makin Mudah Dapat Pinjaman

Secara umumnya, bank di Malaysia akan menerima DSR di bawah 60% bagi semua komitmen hutang anda.

DSR yang rendah menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai keupayaan untuk membayar hutang mereka dengan lebih baik dan mungkin lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman baru.

Sebaliknya, DSR yang tinggi menunjukkan bahawa seseorang mungkin menghadapi kesukaran dalam membayar hutang mereka dan mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk gagal membayar hutang mereka di masa depan.

Diringkaskan, lagi rendah DSR anda, lagi mudah permohonan pinjaman anda diluluskan.

Cara Untuk Baiki DSR

#1 Kaji semula perbelanjaan bulanan

Periksa semula perbelanjaan bulanan anda dan cari jalan untuk mengurangkan kos perbelanjaan.

Foto: Pexels

#2 Bayar hutang tepat pada masanya

Bayar hutang bulanan tepat pada masanya kerana ini boleh mengurangkan jumlah baki hutang dan bunga yang perlu dibayar.

#3 Simpan Semua Rekod Perbelanjaan

Simpan semua rekod perbelanjaan dan pembayaran semula dengan mana-mana bank atau institusi kewangan lain.

Ini meningkatkan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan kerana ada bukti transaksi yang baik dan bank mempunyai maklumat mengenai rekod pembayaran tetap hutang anda.

Foto:Pexels

#4 Elakkan daripada membuat hutang tambahan

Hindari daripada menambah hutang-hutang baharu selagi DSR anda tinggi. Jika anda ingin membeli rumah baru atau membeli kereta, pastikan anda mempunyai keupayaan untuk membayar hutang baru tersebut.

#5 Tingkatkan pendapatan

Mencari peluang untuk meningkatkan pendapatan seperti menjalankan perniagaan kecil, bekerja lebih masa atau memperoleh pendapatan sampingan seperti menyewakan bilik tambahan di rumah dapat mengurangkan DSR anda.

Ia sekaligus membolehkan pinjaman anda mudah diluluskan oleh pihak bank.

#6 Buat perancangan kewangan dengan baik

Buatlah perancangan kewangan yang baik, seperti menyimpan wang ke dalam akaun simpanan seperti ASB atau Tabung Haji, atau juga menabung untuk membeli barang yang diperlukan. Dengan cara ini, ia dapat mengelakkan keperluan untuk anda meminjam wang daripada mana-mana pihak.

Baca Artikel Berkaitan: Cara Pindah Duit Ke ASB Secara Online Tanpa Sebarang Caj Tambahan

Kesimpulannya, DSR adalah faktor penting yang akan dipertimbangkan oleh bank dan institusi kewangan dalam menilai kelayakan seseorang untuk mendapatkan pinjaman baru.

Perlu diingatkan, walaupun pinjaman anda diluluskan oleh pihak bank, adalah lebih baik bagi anda menilai sama ada anda mampu untuk membayar pinjaman baru ini selain daripada komitmen hutang sedia ada anda.

Baca Artikel Berkaitan: Bengang Permohonan Pinjaman Tak Lulus, Lelaki Nekad Bakar Bank

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Terlepas Pandang! Ini Perkara Penting Yang Patut Anda Lakukan Jika Dah Habis Bayar Loan Kereta

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

18 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago