fbpx
Now Reading
Tak Mahir Parking? Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Parkir Kereta Hanya Dengan Berpandu Cermin Sisi & Door Handle [Video]

Tak Mahir Parking? Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Parkir Kereta Hanya Dengan Berpandu Cermin Sisi & Door Handle [Video]

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Pakwee itu, kedua-dua bahagian kereta ini sebenarnya boleh digunakan juga untuk memarkir kenderaan dengan lebih tepat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan kereta yang ada pada zaman ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi seperti Lane Keeping Assist System (LKAS), Blind Spot Monitoring (BSM), ‘Advanced Safety Assist’ (ASA), dan pelbagai sensor di bahagian badan kenderaan.

Lebih canggih lagi, ada juga kereta yang dilengkapi dengan Auto Park Assist (APA) yang membuatkan kereta itu diparkir dengan sendirinya tanpa perlu dikawal oleh pemandu.

Pun begitu, masih banyak kenderaan sedia ada tidak dilengkapi dengan ciri-ciri ini dan memerlukan kepakaran pemandu sendiri ketika memandu mahupun memarkir kenderaan.

Lelaki kongsi tips cara parkir dengan kaedah tengok door handle dan side mirror

Susulan itu, seorang lelaki berkongsi tips cara untuk meletakkan kenderaan dengan tepat menerusi kaedah yang hanya berpandukan bahagian pemegang pintu (door handle) dan cermin sisi (side mirror).

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @pakwee888, lelaki yang dikenali sebagai Pakwee itu berkata kebanyakan orang menyangka fungsi cermin sisi hanyalah untuk melihat bahagian tepi belakang sahaja manakal fungsi pemegang pintu hanyalah untuk membuka kenderaan.

Jelasnya, kedua-dua bahagian kereta ini sebenarnya boleh digunakan juga untuk memarkir kenderaan dengan lebih tepat.

Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh Pakwee:

#1 Jika parkir secara lurus

Memarkir kenderaan secara lurus adalah cara yang paling mudah dan senang untuk dilakukan, pun begitu kereta yang tidak memiliki sensor atau kamera di bahagian depan agak sukar untuk mengagak jarak bumper dan juga halangan di hadapan seperti pembahagi jalan (divider).

Malah segelintir pemandu juga sering terlajak dan melanggar penghadang jalan itu. Dah dengar bungi berdetum baru nak berhenti.

Oleh itu, Pakwee menyarankan cara untuk memastikan jarak bahagian hadapan kereta dan divider tidak terlalu dekat dan jauh adalah dengan melihat cermin sisi dari bahagian pemandu.

Caranya, ketika kenderaan bergerak memasuki kawasan parkir secara lurus, berhentikan kereta sekirannya bahagian bawah cermin sisi dan penghadang jalan berada dalan keadaan selari.

Untuk lebih memahami rujuk video di bahagian bawah artikel.

Foto: TikTok/pakwee88

#2 Jika parkir secara mengundur (reverse parking)

Kereta yang memiliki ‘reverse camera’ dan ‘reverse sensor’ tidak mempunyai masalah untuk memarkir secara mengundur memandangkan pemandu dapat melihat segala halangan yang ada di bahagian belakang.

Pun begitu, bagi yang tidak mempunyai ciri-ciri ini anda boleh menjadikan pemegang pintu bahagian pemandu sebagai penunjuk jarak di antara bahagian belakang kereta dan penghadang jalan.

Caranya, semasa mengundur ke belakang untuk memarkir, lihat cermin sisi dan pemegang pintu di bahagian pemandu. Sekirannya pemegang pintu selari dengan divider, berhentikan kenderaan.

Untuk lebih memahami rujuk video di bahagian bawah artikel.

Foto: TikTok/pakwee888

#3 Jika parkir sisi (side parking)

Parkir sisi merupakan cara meletakan kenderaan yang paling tidak digemari oleh kebanyakan pemandu, apatah lagi segelintir pelajar memandu juga gagal ketika melakukan side parking ini.

Pun begitu, cara mudah untuk mengetahui bahawa kenderaan tidak terlalu rapat atau jauh dengan divider adalah melalui cara melihat pemegang pintu bahagian pemandu.

Caranya, ketika kereta memasuki kawasan side parking secara melintang, pastikan pemegang pintu pemandu berada selari dengan divider, setelah itu pusing tayar ke arah berlawanan pula dengen sepenuhnya dan berhenti apabila kenderaan telah berada di dalam petak parkir.

Untuk lebih memahami rujuk video di bawah.

Foto: TikTok/pakwee888

Diharapkan perkongsian ini berguna buat anda semua yang masih tidak begitu yakin untuk meletakkan kenderaan. Selamat mencuba!

Video TikTok

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.