fbpx
Now Reading
Was-Was Solat Sebab Kencing Tak Lawas? Ini Langkah Yang Perlu Dilakukan Sebelum Beribadah [Video]

Was-Was Solat Sebab Kencing Tak Lawas? Ini Langkah Yang Perlu Dilakukan Sebelum Beribadah [Video]

Menurut pendakwah itu, individu yang mempunyai masalah kencing tidak lawas tidak boleh berwuduk dan solat sama seperti orang biasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Inkontinens urin atau sering didengari sebagai masalah kencing tidak lawas merupakan sesuatu penyakit yang dialami segelintir rakyat Malaysia tanpa mengira umur dan jantina.

Masalah kencing tidak lawas ini berlaku apabila seseorang itu membuang air kecil namun sisa air kencingnya masih lagi keluar ketika dia sedang membasuh kemaluannya.

Perkara tersebut boleh berlaku tanpa disedari serta tanpa keinginaan kerana organ pundi kencing hilang kawalan untuk membuang air kecil, menurut hellodoktor.

Namun, sebagai orang Islam pasti akan ada yang tertanya bagaimana seseorang itu ingin melakukan ibadah jika air kencing keluar tanpa keinginan dan tanpa disedarinya.

Pendakwah kongsi langkah-langkah perlu dilakukan sebelum beribadah

Susulan itu, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Kedah yang dikenali sebagai Datuk Syeikh Faisol Haji Omar menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh orang yang mengalami kencing tidak lawas sebelum melakukan ibadah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Syeikh yang juga seorang pendakwah berkata, individu yang mengalami masalah kencing tidak lawas ini tidak boleh berwuduk dan solat seperti orang biasa.

Langkah yang perlu dilakukan oleh pesakit kencing tidak lawas

Langkah pertama: Pesakit perlulah kencing terlebih dahulu.

Langkah kedua: Melakukan istibra’ dengan berdehem sebanyak tiga kali bagi memastikan sisa air kencing keluar sepenuhnya.

Langkah ketiga: Selepas istibra’, pesakit perlu beristinjak iaitu membasuh kemaluan selepas membuang air kecil.

Langkah keempat: Selepas beristinjak seseorang itu perlulah membalut kemaluannya dengan kain dan bagi wanita, sumbat kain di dalam kemaluan.

Langkah kelima: Teruskan berwuduk seperti biasa.

Langkah keenam: Lakukan solat dengan segera.

Tetap sah walaupun sisa air kencing keluar ketika solat

Jelas Syeikh, lakukan solat seperti biasa meskipun ketika itu air kencing meleleh keluar dari kemaluan dan sembahyang yang dilakukan itu tetap sah.

Berkongsi lanjut, beliau juga memaklumkan bahawa langkah ini harus dibuat setiap kali ingin melakukan solat fardhu, namun bagi ibadah sunat yang lain cukup sekadar dengan melakukannya sekali sahaja.

Akhir sekali, kami juga ingin menasihati kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah kencing tidak lawas ini untuk berjumpa doktor bagi mengesan punca dan cara untuk merawatnya.

Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit ilmu dan membantu anda agar perasaan was-was ketika solat itu hilang kerana masalah kencing tidak lawas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.