fbpx
Now Reading
Ramai ‘Dislike’ Lagu Aliff Syukri

Ramai ‘Dislike’ Lagu Aliff Syukri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang kita tahu, pengasas kosmetik yang juga penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengeluarkan lagu baru. Namun, dia berasa hairan mengapa lagu terbaharunya berjudul Biar Apa Orang Kata menerima jumlah dislike (tanda tidak suka) yang tinggi di YouTube.

Gambar: Astro Gempak

“Ramai yang dislike, nak kata suara saya tak sedap, rasanya vokal saya dah tahap tinggi. Trending nombor satu di Malaysia lagi. Apa pandangan korang tentang lagu ni, tolong respons anda suka atau tak suka,” tulisnya di Instagram.

Aliff Syukri berasa pelik meskipun dia telah mempersembahkan vokal dan nyanyian yang baik dalam lagu tersebut namun masih belum berjaya memikat hati pendengar.

Gambar: Iluminasi

Lagu Biar Apa Orang kata yang dicipta oleh komposer Edry Abdul Halim itu telah dimuat naik di YouTube pada Ahad lalu. MV tersebut menerima hampir 600,000 kali tontonan dan mendapat hampir 26,000 tanda tidak suka serta 18,000 tanda suka.

Video muzik tersebut turut menampilkan beberapa orang barisan selebriti antaranya Wak Doyok, Forteen, Vicha, Arja Lee, Zoey Rahman, Datuk Ziela Jalil dan Lizza Abdullah.

“Saya buat lagu ini khusus kepada mereka yang rasa rendah diri sebab semua orang itu elok tak kira hitam, pendek, gemuk atau putih?,” katanya. Aliff juga berharap lagu tersebut mampu meningkatkan keyakinan diri pendengar kerana mempunyai nilai-nilai positif.

Sumber: mStar

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.