“Kasihan Iwan, Kena Heret Dengan Anak Sendiri Ke Neraka”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan Raja Dangdut, Iwan yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan.
Hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon popular 80-an, Allahyarham Rosnah Mohd Noor, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Ramada Putra serta Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.
Pasti ramai tak tahu dua anak perempuan Iwan yang lebih dikenali sebagai Oktavia Manrose dan Apreena Manrose, kini menyambung legasi ibu bapanya sebagai anak seni.
Baru-baru ini, Aprena Manrose ada memuat naik foto bersama bapanya di Instagram. Bagaimanapun, foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang mengkritik penampilan Aprena tidak bertudung serta mewarnakan rambut sedangkan bapanya alim dan berserban.
Biarpun ramai yang mengecam, ada netizen berpendapat bahawa tiada salah untuk menegur, tetapi biarlah dengan cara lebih berhemah. Netizen pun janganlah asyik nak menghentam sahaja. Apa pun lebih baik kita doakan yang baik-baik sahaja.