fbpx
Now Reading
“Ustaz ni bukakan Baju Melayu anak aku sampai nampak t***k dia”

“Ustaz ni bukakan Baju Melayu anak aku sampai nampak t***k dia”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita bernama Zahara Mohd Yusof mendedahkan kisah anak lelakinya, Akmal Hareez yang pernah dimalukan di dalam kelas ketika Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan Muhamad Mokhtar Rozaidi mengajar di sebuah sekolah agama.

Perkara itu dikongsi menerusi status yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya pada Ahad lalu.

“Alkisah terjadi pada tahun 2016, ketika anak aku darjah tiga, dia selalu menangis dan mengadu pada aku kerana kerap dibuli oleh ustaz ini.

“Pada mulanya aku malas nak ambil peduli sangat aduan anak aku sebab aku fikir anak aku ni manja sangat, tapi bila sampai satu tahap dia dah tak nak pergi sekolah aku pun mula lah marah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zaharah turut mendakwa anaknya itu pernah dimalukan apabila PU Abu membuka baju melayu yang dipakai kanak-kanak itu di hadapan pelajar lain.

“Oh ya anak aku ni jenis bambam orangnya, ustaz ni suruh anak aku ke depan kelas dan ustaz ni bukakan Baju Melayu anak aku sampai nampak t***k dia. Lepas tu dia boleh perah t***k anak depan satu kelas sambil suruh satu gelakkan dan stand by baling botol air pada anak aku,” tambahnya lagi.

Zaharah kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa di sekolah terbabit dan terkejut dengan alasan dikemukan PU Abu yang mengatakan dia hanya bergurau.

Selain itu, Zaharah turut mengatakan dia terpaksa menukarkan anaknya itu ke sekolah lain akibat malu dan sering diejek.

Baru-baru ini, isu mengenai PU Abu yag didakwa menceraikan isterinya yang sedang hamil untuk bernikah dengan seorang janda hangat diperkatakan netizen.

Difahamkan, bekas isterinya, Aina Afini mendakwa diceraikan kerana tidak sanggup dimadukan dengan janda berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Hana Azraa.

 

Sumber : Gempak.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.