Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Setelah sekian lama, akhirnya kedai serbaneka dari Jepun yang popular dengan makanannya yang pelbagai telah berjaya mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sijil halal yang diterima itu bersamaan dengan pembukaan cawangan ke-100 FamilyMart yang dibuka di Jonker Street, Melaka serta merangkumi seluruh 108 cawangan Family Mart di Malaysia.
Diharapkan dengan penerimaan sijil halal daripada JAKIM ini, umat Islam tidak lagi ragu-ragu dan boleh bersenang hati dalam mendapatkan makanan enak di rangkaian kedai ini khususnya oden yang menjadi kegemaran ramai.