Balik Lepak Tiba-Tiba Bini Tak Ada…
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Orang kata bertuah dapat seorang isteri sporting dan memahami, kerana tidak kisah si suami pulang lewat sebab melepak bersama rakan-rakan. Namun, ramai yang tidak bersetuju dengan senario sebegitu.
Baru-baru ini, seorang gadis bernama Lily menerusi Tweetnya telah menceritakan kisah rakan kepada abangnya yang kehilangan isteri, sejurus pulang daripada melepak.
Untuk mengetahu kisah disebaliknya, sila ikuti thread ini…
Isteri baru beranak suami lepak sampai subuh, balik-balik isteri dah meninggal
Tweet gadis tersebut yang kini sudah tular telah mendapat hampir 44 ribu Retweet, menerima pelbagai reaksi netizen yang mengkritik sikap segelintir suami yang sering pulang lewat ke rumah demi berjumpa rakan-rakan.
Bukan tidak boleh kita sebagai suami ada masa untuk diri sendiri, namun sebagai ketua keluarga sudah menjadi keutamaan untuk sentiasa mengutamakan isteri serta anak-anak. Semoga, kisah ini menjadi iktibar buat semua suami di luar sana.
Sumber : Lily