fbpx
Now Reading
SENARAI 6 PELANCONG PALING TERUK DI DUNIA MENGIKUT NEGARA

SENARAI 6 PELANCONG PALING TERUK DI DUNIA MENGIKUT NEGARA

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang mesti suka melancongkan? Tipulah kalau korang cakap korang tak suka. Lagi-lagi kalau berpeluang mengembara ke luar negara. Ya lah, selain dari mengurangkan tekanan dan memberi reward kepada diri sendiri , aktiviti riadah ini dapat membuka mata kita untuk lebih mengenali negara dan budaya orang lain.

Malah kos melancong yang kini dilihat sedikit murah dengan kewujudan penerbangan tambang murah seperti Air Asia  memberi peluang kepada mereka yang  sebelum inti tidak pernah mengembara /melancong  untuk merasai pengalamannya walaupun hanya sekali dalam seumur hidup.

Ini menyemarakkan lagi industri pelancongan sesebuah negara dengan kehadiran pelancong  luar dari pelbagai negara, budaya, latar belakang, pelbagai golongan dan err.. pelbagai ragam.

Bercerita pasal ragam, tahukah anda terdapat beberapa negara yang rakyatnya mempunyai reputasi buruk sebagai pelancong angkara sikap  buruk segelintir dari mereka semasa mengunjungi negara orang lain.

Kat bawah ni kami kongsikan secara countdown Top 6 negara yang pelancongnya paling bermasalah

#6 RUSIA

Rakyat Rusia Di Tembok Kremlin

Negara yang rakyatnya terkenal dengan sikap kasar, malah boleh dikategorikan agak kurang beradap sehinggakan kerajaan Rusia terpaksa mengeluarkan buku panduan untuk rakyat mereka yang ingin melancong bagi mengelakkan rakyatnya melakukan masalah di negara luar. Malah kajian menunjukkan 42 % masyarakat Rusia tidak menggemari orang Rusia lain yang melawat bandar atau daerah mereka.

#5 JERMAN

Warga Jerman di Tunisia

Jerman, negara maju dengan sistem yang baik. Namun perkara sinonim dengan pelancong jerman ada lah berlagak, dan suka berbogel. Bila dibandingkan antara semua negara, pelancong mereka yang paling gemar berjalan tanpa seurat benang di pantai dan kolam renang.

# 4 ISRAEL

Rakyat Israel yang melawat India

Pelancong dari Israel sangat dikenali dengan sikap biadap, kurang bersabar, dan dikatakan kerap terpalit dengan isu penggunaan dadah. Rakyat kita tidak berapa mengenali perwatakan mereka kerana pelancong dari Israel tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Ini kerena kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Namun yang pasti sikap pelancong mereka yang teruk ketika melawat negara lain mungkin menyebabkan mereka berada di dalam top 6.

# 3 AMERIKA

Foto yang diberi nama Ugly American, diambil di Cuba pada 1948

Mentaliti pelancong Amerika rata-ratanya sama, jika menginginkan satu perkara, pasti mereka tetap berdegil mahukannya. Malah sesetengah sikap pelancong Amerika memandang rendah masyarakat dari negara lain. Antara tabiat mereka yang kerap kali menimbulkan masalah adalah seperti kencing di kolam renang awam, mencuri barangan toiletries dari hotel, dan tidak membayar selepas makan.

Antara insiden yang kecoh tahun lalu , kisah pelancong mereka yang berbogel dan membuat kacau di Phuket selain melemparkan najis nya kepada pegawai polis da sekuriti gara-gara mengambil viagra secara berlebihan.

#2 BRITAIN

Pelancong Great Britain Di Spain

Negara yang majoriti rakyatnya sangat peramah, beradab tinggi malah layak di gelarkan seorang budiman. Namun bagi mereka segelas bir, dan tengok apa yang terjadi!

Kajian yang dilakukan kerajaan mereka menunjukkan 7 dari 100 orang rakyat mereka mengaku melakukan hubungan seks di publik semasa melancong, manakala 20 daripada 100 responden mengaku pernah berbogel di hadapan orang ramai.

#1 CHINA

Ramai pasti bersetuju jika China di letakkan di No1, rata-rata rakyat mereka yang keluar negara mempunyai reputasi buruk,  dari isu berebut makanan sesama sendiri,  isu pelancong bertindak keterlaluan dan biadap terhadap pramugarai Air Asia Thai di Bangkok, insiden cubaan membuka pintu kapal terbang,  dan yang paling popular tabiat membiarkan anak kencing di kawasan terbuka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.