fbpx
Now Reading
Kami Terima Apa Yang Terjadi Dan Memang Salah Kami – Nadya Syahera Isu Imigran Haram

Kami Terima Apa Yang Terjadi Dan Memang Salah Kami – Nadya Syahera Isu Imigran Haram

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Nadya Shahera akhirnya membuka mulut mengenai kes imigran haram yang membabitkan suaminya yang kini sedang di dakwa di Mahkamah Sesyen Sepang.

Pelakon drama Abang Bomba I Love You itu mengakui kesilapan yang dilakukan dia dan suaminya Fizul Nawi atau nama sebenarnya Mohd. Hafizul Md. Nawi dengan membenarkan tujuh imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis bertempat di Shah Alam pada jam 10.10 malam, 20 Februari lalu.

Dia turut menyatakan yang dia akan menjadikan peristiwa itu sebagai pengajaran untuk mereka suami isteri supaya lebih peka dan berhati-hati dalam menguruskan pekerja di masa akan datang.

Sebenarnya dengan apa yang berlaku ini, saya dan suami banyak belajar contohnya lebih peka dalam pengurusan pekerja. Sememangnya perlu ada permit kalau ambil orang luar.

Kami terima apa yang terjadi ini dan memang salah kami. Tapi, pasti di sebalik kesilapan ini adapengajaran dan hikmah terbaik untuk kami – Nadya Shaheera

Semalam,28 Ogos 2019 suaminya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis mengikut  Seksyen 55(E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM30,000  atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap warga asing tersebut.

Kalau dihitung darab dengan 7 kepala dah bersamaan RM 210,000 dan 84 bulan

Terdahulu peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili suaminya telah memohon mahkamah untuk menangguhkan keputusan hukuman pada tarikh lain atas alasan anak guamanya tidak mempunyai cukup wang.

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan memandangkan mereka memang tidak mengetahui undang-undang berkaitan imigran ini dan juga diharap perkara ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan untuk mereka yang berniaga di luar sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.