
[FOTO]Hari Kebangsaan 2019 Disambut Penuh Patriotik Dan Meriah Di Putrajaya
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak boleh digambarkan perasaan penulis apabila berkunjung ke Dataran Putrajaya hari ini bagi mengikuti sambutan Hari Kebangsaan yang ke 62 .Dari awal pagi lagi kawasan ini sudah dibanjiri rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum.
Serius sambutan yang diraikan dengan penuh patriotik! Tema pun menarik ‘Sayangi Malaysia ku:Malaysia Bersih’

Sambutan Hari Kebangsaan ini adalah yang kali ke 2 berturut-turut di adakan di Putrajaya ;pusat pentadbiraan kerajaan Persekutuan kita selepas diambil alih oleh Pakatan Harapan.
YDP Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar turut berangkat menghadiri sambutan.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Tun Mahatir; TPM , Datuk Seri Dr Wan Azizah dan suami Datuk Seri Anwar Ibrahim , barisan Menteri kabinet serta pegawai-pegawai kerajaan.
Sambutan yang dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama dan anggota Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja oleh YDP Agong diikuti acara nyanyian Negaraku, bacaan Ikrar Rukun Negara dan Laungan Merdeka ini kemudiannya dimeriahkan dengan persembahan khas ‘Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih’ melibatkan 1,627 peserta dari kumpulan kesenian mewakili pelbagai persatuan dan agensi.
Acara kemudiannya diteruskan dengan perarakan di Persiaran Perdana yang membabitkan keseluruhan 17,353 peserta dari kontigen perkhidmatan awam, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta.


Apa yang turut menarik perhatian adalah ketibaan dan kepulangan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang memandu sendiri Proton Saga baru berwarna merah ditemani pengawal peribadinya. Caya Tun!

Selamat Hari Kebangsaan ke 62 buat Seluruh Rakyat Malaysia!
Gambar sekitar sambutan:







