“Kami Tiada Tempat Nak Dituju” – Bekas Rakyat Malaysia Yang Kini Tiada Negara, Malah Kerakyatan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tiada yang lebih mengejutkan buat Adam (bukan nama sebenar) selepas diarahkan keluar daripada United Kingdom dan akan dihantar pulang ke negara kelahirannya, Malaysia.
Kejadian yang berlaku pada 2011 ketika dia masih berumur 37 bagaikan satu tamparan hebat baginya kerana dia pasti Kerajaan Malaysia tidak akan menerimanya kembali.
Segala penjelasan Adam mengenai statusnya sebagai pemegang passport British Overseas Citizen (BOC) juga tidak diendahkan langsung oleh pegawai kerajaan British malah dia terus di hantar ‘pulang’ dengan ditemani 3 pegawai mereka.
Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Adam yang kini bukan lagi warganegara Malaysia telah di halang masuk.
Tak banyak yang dapat dilakukan Adam kerana dia tahu perkara ini pasti terjadi kerana tindakan masa lalunya yang kini amat dia sesali; melucutkan hak kewarganegaraan Malaysia miliknya demi mengejar BOC.
Itu pun selepas mendapat saranan dari peguam dan juga Kedutaan Malaysia di UK (kerana Malaysia tidak mengiktiraf dwi-kerakyatan).
Tidak sampai dua jam berada di KLIA – malah tak hilang lagi dari ‘jet lag’, Adam diterbangkan semula ke UK yang disifatkannya “satu pembaziran wang”
Sambil mengimbau apa yang terjadi, Adam berkata: “Saya sangat terkejut malah keliru apabila dimaklumkan yang saya akan dihantar pulang oleh pejabat ‘Home Office (umpama KDN di Malaysia) sewaktu hadir kesana untuk satu urusan biasa.
“Pihak Home Office menghantar saya ke balai polis dan seterusnya ke beberapa pusat tahanan hanya dalam seminggu sebelum menempuh 2 kali perjalanan panjang UK-Malaysia-UK tanpa rehat ditemani tiga pegawai kerajaan British.
“Saya berasakan yang saya dilayan seperti penjenayah yang sangat kejam dan bukan sebagai seorang manusia. Satu minggu saya kepenatan selepas menempuh perjalanan pergi balik tersebut.”
Ada ratusan bekas rakyat Malaysa seperti Adam
Adam adalah satu dari ratusan bekas warganegara Malaysia yang kini berstatus ‘Tiada Negara- Tiada Kerakyatan’ selepas Kerajaan British meminda undang-undang kerakyatannya dengan tidak lagi menerima sebarang permohonan kewarganegaraan untuk pemegang pasport BOC yang melepaskan kewarganegaraan asal mereka selepas tahun 2002.
Pegawai dari Home Office sudah banyak menerima kes sebegini malah masih ada yang tinggal pusat tahanan.
Pegawai mereka serba maklum, individu seperti Adam semua tersepit di antara dua sistem- tidak diiktiraf Kerajaan UK malah tidak lagi diterima Kerajaan Malaysia dek kerana undang-undang di negara kita untuk tidak mengiktiraf dwi kerakyatan.
Adam yang bernasib baik kemudiannya dibebaskan, namun statusnya yang masih tergantung membuatkan nasibnya bertambah malang.
Dia hanya boleh mencari pekerjaan yang tidak formal seperti penghantar barangan, malah gaji yang diterimanya juga rendah dan mengikut ‘trip’.
Dia juga mengharapkan belas simpati kawan untuk tidur menumpang di rumah mereka kerana status nya yang tidak membenarkan Adam untuk menyewa.
Jauh di lubuk hatinya, dia sangat mengharapkan dapat pulang ke Malaysia, namun dia tahu perkara itu agak mustahil.
“Perkara ini sangat menyedihkan dan memenatkan saya, bayangkan anda tidak dibenarkan bekerja, jadi terpaksa bekerja secara sorok-sorok kerana dikhuatiri diketahui oleh pegawai Home Office. Adakah mereka terfikir apa lagi cara untuk kami terus hidup (kalau tidak bekerja)?“
“Saya mahu pulang ke Malaysia tapi saya tahu saya tidak boleh. Saya tersangkut dan tidak boleh ke mana-mana. Hanya mampu duduk disini membuang segala masa yang ada”. – Adam
Masih ramai lagi orang seperti Adam, antaranya Yan Kit dan Liew Teh. Mereka semua melepaskan kerakyatan Malaysia demi mengejar BOC, yang sebenarnya tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan moden UK.
Amat sayang, kerana mereka semua ini adalah lepasan graduan dari universiti hebat di UK dan pastinya sudah layak diberi status pakar, namun kini kehidupan mereka terumbang ambing gara-gara status BOC mereka yang tergantung.
Untuk mendapatkan kembali kewarganegaraan Malaysia pula agak mustahil kerana kebanyakan mereka perlu menunggu selama 17 tahun terlebih dahulu sebelum permohonan mereka akan diproses selain perlu lulus syarat lain seperi ujian kemahiran Bahasa Melayu.
Semoga permasalahan mereka dapat diselesaikan dengan segera, malah kisah ini patut dijadikan ikbitar buat semua rakyat Malaysia. Bak kata pepatah “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.