fbpx
Now Reading
“Namun kalau sudah tertulis dia jodoh saya, takkan saya nak menolak” – Zizan Razak

“Namun kalau sudah tertulis dia jodoh saya, takkan saya nak menolak” – Zizan Razak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini Bella Astillah muncul di majlis sambutan hari jadi ibu Zizan Razak, netizen mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka. Malah baru-baru ini, Zizan dilihat ada memuat naik gambarnya bersama Bella di Intagram.

Bagaimanapun, Zizan menjelaskan dia dan Bella hanya berkawan dan jika ada wanita bertakhta di hatinya, dia tidak akan berkongsikan wajah kekasihnya kepada umum.

BACA : https://www.buzzkini.com/hiburan/2019/08/21/video-bella-astillah-menari-dengan-adik-lagak-sepasang-kembar-dapat-400-ribu-views/

“Demi Allah saya dengan Bella hanya berkawan. Tiada niat apa pun. Kalau ada apa-apa dengan wanita yang saya suka, saya tidak akan memuat naik gambarnya di laman sosial.

“Saya berani muat naik gambar Bella pun sebab kami hanya berkawan. Saya dan Bella sudah lama kenal.

“Cuma, kami mula rapat selepas saya memperkenalkan dia dengan pengarah Ghaz Abu Bakar yang mencari heroin untuk sebuah naskhah,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Zizan mengakui mana-mana lelaki pasti akan terpikat dengan Bella kerana perwatakannya yang lemah lembut. Kata Zizan lagi, dia tidak akan menolak jika sudah tertulis jodohnya dengan Bella.

“Dia wanita yang baik dan lemah lembut. Mudah kata seorang lelaki kalau tengok dia mesti akan suka. Namun kalau sudah tertulis dia jodoh saya, takkan saya nak menolak. Semuanya sudah ditetapkan oleh Ilahi,” katanya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.