fbpx
Now Reading
“Konsep Saya Mudah Saja Kalau Yakin Boleh Dapat, Cubalah” – Ruhainies Kepada Invididu Cuba Pikat Kekasihnya

“Konsep Saya Mudah Saja Kalau Yakin Boleh Dapat, Cubalah” – Ruhainies Kepada Invididu Cuba Pikat Kekasihnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedar atau tidak, sudah tiga tahun pelakon Ruhainies menyulam cinta dengan kekasihnya, jejaka yang dikenali sebagai Mr E. Kisah percintaan mereka sentiasa menjadi perhatian banyak pihak seperti media dan peminat. Namun tidak pernah sekalipun dia menayangkan wajah kekasihnya kepada umum.

Dipetik dari Metro, saat ditanya mengenai perhubungannya, Ruhainies menyatakan mereka sama seperti pasangan lain, walaupun kebiasaannya bahagia bercinta, sesekali pasti datang dugaan kecil yang perlu dihadapi.

“Tipulah kalau bercinta tidak ada dugaan. Saya pun macam orang lain juga, ada pancaroba dalam perhubungan.

“Saya dapati orang sekeliling saya pun berdepan pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka. Namun, saya percaya pada takdir Allah SWT. Tidak kisahlah lama atau sekejap bercinta, jika tertulis itu jodoh kita, maka ia akan terjadi,” katanya kepada portal berkenaan.

Namun dugaan terbesar buat pelakon berkenaan dalam hubungan cintanya ialah kemunculan individu yang cuba memancing hati kekasihnya

“Ada juga orang yang cuba kacau kekasih saya. Buat saya lebih keliru, dalam kalangan artis pun ada yang mencuba nasib. Apabila jumpa depan mata, pijak semut pun tak mati. Belakang saya, mereka galak mencuba. “Konsep saya mudah saja, kalau yakin boleh dapat, cubalah,”

Dalam pada itu, wanita berkenaan berkata  tidak mahu terburu-buru untuk menyimpul hubungan itu dengan perkahwinan kerana ingin memberi laluan kepada kakanya, pelakok Risteena untuk berumah tangga terlebih dahulu.

Mr E, yang tidak pernah didedahkan wajahnya oleh Ruhainies Foto: IG Ruhainies

“Saya nak tunggu kakak dulu dan kalau boleh tak mahu melangkah bendul. Namun, kalau ditakdirkan saya berkahwin dulu sebelum kakak, saya okey.

“Kekasih saya pun ada bercakap dengan saya, kalau boleh nak mempercepatkan supaya kami dapat hidup bersama. Bagaimanapun, seboleh mungkin saya nak bertunang dulu. Lagipun, saya masih muda,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.