fbpx
Now Reading
Qatar Pasang Aircond Di Outdoor & Cat Jalan Berwarna Biru Bagi Menangani Cuaca Panas Melampau

Qatar Pasang Aircond Di Outdoor & Cat Jalan Berwarna Biru Bagi Menangani Cuaca Panas Melampau

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehadiran banyak pokok dalam suatu kawasan dapat membantu menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya akan mengurangkan kesan gas rumah hijau 

Ini secara tidak lansung dapat membantu mengurangkan kesan cuaca panas dan kering sesuatu kawasan.

Penggunaan pokok dan payung turut digunakan di laluan pejalan kaki di Qatar Foto: Denverpost

Namun lain pun di Qatar apabila pihak berkuasa di sana  menggunakanan penyaman udara serta mengecat jalan raya dengan warna biru dalam menangani masalah cuaca panas ekstrim yang sentiasa melanda negara berkenaan terutamanya di musim panas.

Apa yang menariknya, penyaman udara  geragasi  jenis outdoor telah dibina bukan sahaja di  laluan pejalan kaki malah diluar beberapa pusat membeli belah bagi memberikan suasana yang nyaman dan sedikit dingin di kawasan berkenaan.

Selain dari itu , kerajan Qatar juga telah memasang penghawa dingin di fasiliti-fasiliti utama sukan terutamanya sukan bola sepak bagi persiapan menghadapi Fifa World Cup yang akan berlangsung di sana pada 2022.

Vent a/c yang di letakkan di bahagian kaki di Stadium Al-Janoub,Qatar Foto: Denverpost

Pihak Berkuasa yang menguruskan hal jalan raya dan sebagainya pula telah mengecat jalan raya di Jalan Abdullah Bin Jassim dengan warna biru, dan hasilnya suhu berjaya dikurangkan sebanyak 15 hingga 20 darjah Celsius.

Ini kerana Jalan yang berwarna gelap lebih menyerap suhu berbanding jalan yang di cat dengan warna biru. Selain itu cat ini juga mengandungi partikel yang direka untuk memantulkan radiasi inframerah.

Percaya atau tidak, suhu di Qatar pada musim panas mampu mencecah sehingga 46 darjah Celsius. Panas kan?? 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.