fbpx
Now Reading
Terjun Apartment Kerana Masalah Kewangan, Gaji Hanya RM 1000 Sebulan

Terjun Apartment Kerana Masalah Kewangan, Gaji Hanya RM 1000 Sebulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila terlibat dalam kerja bidang pemasaran, memang ada masanya pendapatan yang diperolehi tidak menentu kerana ia bergantung kepada komisyen yang diperolehi.

Justeru, kebanyakkan golongan muda yang terlibat memulakan kerjaya dalam bidang pemasaran sering mengalami masalah kewangan, sehingga menyebabkan tekanan perasaan.

Baru-baru ini, seorang lelaki dilaporkan menamatkan riwayatnya sendiri dengan bertindak terjun daripada apartment rumahnya di Cheras dan maut di tempat kejadian.

Menurut salah seorang kenalan, mangsa dikatakan mengalami masalah kewangan berikutan gajinya yang sangat sedikit iaitu RM1,000 sebulan kerana komisyen yang diterima tidak banyak.

Difahamkan juga, keluarga mangsa tidak bersetuju dia bekerja sebagai jurujual kad kredit, dan disebabkan itu hubungannya bersama keluarga menjadi renggang.

Kes diklasifikan sebagai bunuh diri dan mayat mangsa telah dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat. Tekanan ada masanya memang sukar untuk diatasi, oleh itu orang sekeliling perlu memainkan peranan dan cuba untuk membantu.

Sumber : World Of Buzz

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.