fbpx
Now Reading
Tarikh 11/11 Adalah Hari Untuk Orang Single di China Manakala Hari Pepero di Korea

Tarikh 11/11 Adalah Hari Untuk Orang Single di China Manakala Hari Pepero di Korea

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dikala anda sibuk membeli belah pada tarikh 11/11 disebebkan Sale dan Diskaun yang ditawarkan di semua jenis kedai dan restoran, namaun tahukah anda, tanggal 11 November merupakan tarikh khas untuk meraikan mereka yang single dan tidak mempunyai pasangan di China?

Dikenali juga dengan nama Guanggun Jie, Single Day pada awalnya diraikan di negara China untuk menghiburkan hati anak-anak muda di China yang tidak mempunyai kekasih. Tarikh 11/11 dipilih kerana angka ‘1’ diibaratkan sebagai individu yang bersendirian.

tahukah anda hari ini 11 november adalah hari single day ?

Pada awalnya juga, Single Day hanya diraikan oleh kaum lelaki di China tetapi kini ia juga disambut oleh kaum wanita. Malah, beberapa universiti di negara China juga mempunyai sambutan khas untuk meraikan 11/11 ini.

Berbeza dengan negara Korea, tarikh 11/11 dikenali sebagai Pepero Day, dimana mereka akan bertukar stik Pepero yang dihias dengan teddy bear atau bunga, dengan harapan agar mereka akan tinggi dan kurus, sama seperti angka 1.

tahukah anda hari ini 11 november adalah hari single day ?

Di Belgium, 11/11 adalah hari untuk memperingati Perang Dunia I, dan di Indonesia pula adalah Hari Belanja Online Nasional.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.