fbpx
Now Reading
Bintang K-Pop ,Juga Teman Rapat Sulli, Goo Hara Ditemui Mati Di Rumah nya

Bintang K-Pop ,Juga Teman Rapat Sulli, Goo Hara Ditemui Mati Di Rumah nya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum pun reda dengan berita kematian Sulli yang membunuh diri sebulan lalu, industri K-Pop dan masyarat dunia sekali lagi dikejutkan dengan kematian satu lagi teman rapatnya iaitu Goo Hara.

Goo Hara seorang penyanyi solo yang juga bekas anggota kumpulan Kara ditemui mati di kediamannya di kawasan perumahan elit Cheongdam-Dong , Gangnam.

Laporan dari media Korea memetik sumber dari Polis Seoul bahawa bintang K-Pop yang berusia 28 tahun itu ditemui di jam sekitar 6 pagi waktu tempatan Ahad.

Goo Hara baru sahaja pulang dari mempromosikan lagu terbarunya di Jepun minggu lalu. Foto : IG

Mereka bagaimanapun masih menyiasat punca sebenar kematian bintang tersebut.

Sebagai rekod, Goo Hara sebelum ini pernah cuba untuk membunuh diri 6 bulan yang lalu sebelum berjaya di selamatkan oleh pengurusnya. Dia kemudiannya membuat pengakuan maaf kepada peminatnya atas tindakan tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.