fbpx
Now Reading
“Mintak Maaf Secara Terbuka Atau Di Saman” – Ches Al-Maliki Kepada Dai Farhan

“Mintak Maaf Secara Terbuka Atau Di Saman” – Ches Al-Maliki Kepada Dai Farhan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah kontroversi rumah tangga Dai Farhan semakin hangat diperkatakan. Bermula dari pengakuan pendakwah muda berkenaan mengenai perkahwinan keduanya dan surat terbuka yang tular yang menyatakan dia berkahwin tanpa pengetahuan isterinya.

Kisah tersebut terus menjadi besar selepas Dai Farhan berkeputusan untuk membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap penghantar surat terbuka tersebut iaitu rakan baik isterinya, Ches Al-Maliki.

Baca artikel berkaitan : Dai Farhan Buat Report & Saman Kawan Isteri Pertama

Namun ia tak berakhir disitu sahaja, satu demi satu pendedahan mengenai Dai Farhan dan isteri barunya tular di media sosial.

Terbaru, Ches menerusi akaun Facebooknya mendakwa Dai Farhan sudah menarik kembali saman yang dilakukan terhadapnya. Lantaran itu Ches memberi tempoh 24 jam buat Dai Farhan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sekiranya gagal, pihak Ches akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pendakwah berkenaan. Difahamkan semua ini untuk membersihkan namanya yang sebelum ini telah di cop sebagai pemfitnah oleh Dai FArhan.

Sebelum ini, Da’i Farhan tampil menjelaskan dakwaan surat terbuka yang di tujukan kepadanya dihantar oleh seorang ‘individu’ yang merupakan rakan baik isterinya, Fatin hanya kerana ingin membalas dendam dan tidak boleh menerima yang Fatin reda untuk dimadukan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.