fbpx
Now Reading
Suami Bella Dally Positif Influenza, Terpaksa Tukar Hospital Kerana Kehabisan Ubat

Suami Bella Dally Positif Influenza, Terpaksa Tukar Hospital Kerana Kehabisan Ubat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Virus influenza amat membimbangkan di negara kita, ada juga sekolah yang ditutup akibat wabak ini. Ia akan menghidap kepada sesiapa sahaja termasuklah orang dewasa.

Pelakon Bella Dally mendedahkan suaminya, Arif Izuddin dijangkiti virus influenza dan terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta.

Menurut Bella, pada awalnya Arif disuruh untuk dikuarantin di rumah sahaja kerana pihak hospital sudah kehabisan ubat.

“Suami kena Influenza. Tadi dekat hospital Prince Court tapi mereka kehabisan ubat dan wad.

“Sekarang dekat Ampang Puteri pula. Tengoklah berapa ramainya orang dekat sini dan wad pun penuh.

“Jadi suami terpaksa balik dengan saya dan kuarantin kat rumah je.

“Akhirnya suami kena tahan… Pulang ke rumah pada pukul 3 pagi dan perlu bangun pada pukul 7 pagi untuk sesi fotografi,” tulisnya.

Pendedahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya pada hari Selasa.

Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally turut berpesan kepada semua pihak supaya memakai topeng muka terutamanya di tempat khalayak ramai.

“Jaga diri dan pastikan memakai topeng muka terutamanya ketika berada di tempat yang sesak,” tulisnya lagi.

Kes Influenza telah mencatat peningkatan berbanding tahun 2019 yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan pada tahap kritikal terhadap ubat antivirus Oseltamivir.

Ubat yang lebih dikenali sebagai Tamiflu digunakan dalam rawatan kepada pesakit yang dijangkiti virus influenza.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.