fbpx
Now Reading
Akhirnya Elly Mazlein Dedah Wajah Bakal Suami di Majlis Berinai

Akhirnya Elly Mazlein Dedah Wajah Bakal Suami di Majlis Berinai

Selepas hampir setahun berteka teki mengenai rupa wajah bakal suami, akhirnya penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendedahkan wajah lelaki berkenaan di majlis berinai yang sedang berlangsung malam jumaat di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dan bakal suami, Mohadmad Azlan Che Nuh kelihatan sama cantik dan sama padan mengenakan busana songket berwarna biru yang direka pereka terkenal Jimmy Couture dan ditatarias oleh Gabrial Padan.

Sebelumnya, Azlan yang juga seorang guru sekolah  masuk ke dalam dewan diiringi alunan kompang lima beradik sebelum duduk menyertai Elly yang turut ditemani oleh anak tunggalnya, iaitu Putri Sara Sefhia.

Majlis yang bertemakan Cik Siti Wan Kembang dengan menggunakan warna merah dan emas itu diserikan dengan kehadiran 150 orang tetamu iaitu kaum keluarga, rakan terdekat dan pihak media.

Yang menariknya para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan silat dan tarian tradisional.

See Also

Elly yang mengikat tali pertunangan dengan Azlan pada 17 Disember tahun lalu dijadualkan akan bernikah pada esok hari di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra diikuti majlis resepsi selepasnya.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.