fbpx
Now Reading
Zed Zaidi Diminta Beri Keterangan Kerana Sebar Berita Paslu Koronavirus

Zed Zaidi Diminta Beri Keterangan Kerana Sebar Berita Paslu Koronavirus

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil berkongsi berita palsu tentang jangkitan 2019 novel koronavirus mengakibatkan beliau diminta hadir untuk memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Awani, pelakon yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi ini tiba di Menara SKMM semalam (31 Januari) bersama peguamnya Zamri Idrus pada jam 3.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira 5.45 petang.

Zed Zaidi yang ditemui memaklumkan telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menyiasat kes itu.

“Untuk yang di luar sana berhati-hati bila post (membuat hantaran di media sosial),” katanya ringkas.

Sementara Zamri berkata anak guamnya disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana berkongsi gambar berita palsu pada 27 Januari di laman Twitter kononnya semua negara telah menyekat kemasukan pelancong China kecuali Malaysia.

Dalam pada itu, Zamri turut memberitahu kad sim Zed Zaidi turut diambil dan direkodkan oleh SKMM.

“Kami dimaklumkan tadi oleh pihak SKMM, sekiranya ada keperluan untuk mereka mendapatkan butiran lanjut daripada Zed, mereka akan panggil semula, itu sahaja,” katanya.

Ditanya sama ada Zed sememangnya berniat untuk menyebarkan berita tidak sahih atau menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat, Zamri berkata perkara yang ditulis di laman Twitter itu hanyalah satu persoalan peribadi.

“Tidak sama sekali, itu memang disahkan oleh Zed sendiri. Tidak ada niat apa pun,” katanya.

Sumber : AWANI/BERNAMA

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.