fbpx
Now Reading
“Kalau Aku Mati Tolong Kebumikan Aku Tau” – Achey Tunaikan Gurauan Abam Yang Jadi Kenyataan

“Kalau Aku Mati Tolong Kebumikan Aku Tau” – Achey Tunaikan Gurauan Abam Yang Jadi Kenyataan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8aFbDFAyi1/

Berita pemergian pelakon dan pelawak Allahyarham Abam Bocey pagi Isnin, 10 Februari 2020 menggemparkan industri tanah air. Ramai pihak yang turut merasai kehilangannya bukan sahaja ahli keluarga, rakan selebriti, sahabat rapat malahan peminat.

Apatah lagi arwah abah cukup dikenali dengan sifat mesra dan rendah diri membuatkan dirinya disenangi ramai. Ini dibuktikan dengan kehadiran ribuan tetamu sewaktu solat jenazah di masjid juga sewaktu upacara pengebumian.

Terbaru Achey, sahabat baik Allahyarham memuat naik satu screenshot posting IG lamanya yang memaparkan ‘gurauan sedih’ di antara mereka berdua.

Telah aku tunaikan Abam.. walaupun ianya gurauan

Difahamkan screenshot yang diambil itu adalah sewaktu Achey mengucapkan selamat hari lahir buat Abam pada sebelum-sebelumnya. Arwah kemudian membalas ucapan itu dengan mengucapkan rasa terima kasih kepada kedua sahabatnya Achey dan Fad dari kumpulan Bochey.

Dia turut berharap persahabatan mereka akan terjalin hingga hujung nyawa. Diakhir komen itu  Arwah menulis satu ‘komen gurauan’ yang meminta supaya kedua-dua sahabat baiknya itu untuk menguruskan jenazahnya jika dia meninggal dunia suatu hari nanti.

Hahaha thank you sahabat, love you so much. Semoga kita kekal sampai mati. Fad dan Achey kalau aku mati tolong kebumikan aku tau.

Menerusi perkongsian tersebut, Achey memberitahu walaupun tulisan Abam itu hanyalah gurauan pada ketika itu, tetapi ini kini telah menjadi realiti. Malah dia sendiri sudah menunaikan ‘permintaan’ sahabat baiknya itu untuk mengebumikannya sekiranya dia pergi nanti.

Perkongsian Achey itu menyebabkan ramai netizen tersentuh dengan keakraban mereka bertiga malah ramai yang berharap Achey bersabar dan reda dengan pemergian sahabat baiknya itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.