fbpx
Now Reading
Penjawat Awam Dilarang Terlibat dalam Perhimpunan Politik, Dan Buat Pernyataan Awam

Penjawat Awam Dilarang Terlibat dalam Perhimpunan Politik, Dan Buat Pernyataan Awam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isnin lepas, negara dikejutkan dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Ramai netizen yang menyatakan pendapat masing-masing mengenai situasi yang sedang berlaku kini. Tidak kurang juga ada yang menjadi mengulas politik di media sosial.

Tetapi jika anda adalah penjawat awam, anda harus berfikir dan berjaga-jaga sebelum memuat naik apa-apa status di lama sosial.

Penjawat awam adalah dilarang sama sekali daripada menghadiri atau terlibat dalam sebarang perhimpunan berkaitan politik serta membuat apa-apa pernyataan awam. 

Perkara ini telah diingatkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dalam kenyataannya melalui Bernama.

Beliau berkata penjawat awam juga dilarang mengedar atau menularkan berita palsu dalam media sosial atau sebarang medium komunikasi yang lain, serta melakukan perkara-perkara bertentangan dengan kehendak dan ketetapan undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuat kuasa.

“Penjawat awam mestilah mengekalkan pendirian apolitical dan berkecuali. Saya juga memohon agar semua penjawat awam untuk bertenang dan meneruskan tugas mengikut undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuat kuasa,” katanya menerusi edaran surat yang bertarikh 25 Feb, 2020 kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.

Mohd Khairul Adib menegaskan penjawat awam perlu terus menjunjung dan mempertahankan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dengan melaksanakan tugas seperti yang telah dipertanggungjawabkan.

Penjawat awam juga perlu memastikan semua sistem penyampaian kerajaan terus berjalan lancar dan rakyat seharusnya mendapat perkhidmatan berkualiti seperti sedia ada.

— BERNAMA 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.