fbpx
Now Reading
Delegasi Jururawat Malaysia Persoal Rakan Dikenakan Tindakan Kerana Ajar Guna Sanitizer Di Media Sosial

Delegasi Jururawat Malaysia Persoal Rakan Dikenakan Tindakan Kerana Ajar Guna Sanitizer Di Media Sosial

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/DelegationOfNurses/photos/a.322538524751498/1097917523880257/?type=3&theater

Baru-baru ini kami ada menulis mengenai kaedah menggunakan sanitizer dengan cara yang betul .

Yang bagusnya yang mengajar dan menunjukkan demonstrasi tersebut adalah seorang seorang staff nurse (SN) yang dikenali dengan nama SN Hidayah.

Namun disebabkan video terbabit yang tular di media sosial difahamkan jururawat berkenaan telah diminta memberi penjelasan kepada pihak atasan  kerana merakam demonstrasi tersebut dengan berpakaian seragam .

Susulan dari itu Delegasi Jururawat Malaysia mempersoalkan tindakan pihak atasan yang mengenakan tindakan rakan mereka itu.

Pada mereka situasi tersebut disifatkan mengecewakan kerana tugas hakiki seorang jururawat tidak hanya terikat dengan wad dan klinik semata-mata.

“Kami dapat tahu bahawa terdapat seorang jururawat memberi penjelasan kepada pihak atasan mengapa beliau merakamkan kaedah cucian tangan dengan betul melalui media sosial. Rasional tindakan hanya berdasarkan atas faktor beliau sedang memakai pakaian seragam jururawat.

“Adakah beliau cuba mempromosikan produk atau mengiklankan dirinya untuk kepentingan diri? Adakah beliau menunjukkan kaedah yang salah dalam menyebarkan pendidikan kesihatan yang berguna kepada masyarakat memandangkan penularan wabak Covid-19?” tulis Delegasi Jururawat Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook.

Pada mereka lagi jururawat juga seharusnya mendidik masyarakat tidak  tidak kira masa, tempat atau individu, seperti yang disarankan International Council of Nurses sempena Hari Jururawat 2020, A Voice To Lead : Nursing the World to Health.

Pihak atasan yang cuba mengekang jasa dan usaha baik jururawat menyebarkan ilmu melalui media sosial adalah kami kira sebagai jahil, cetek dan tidak memahami akan apa itu kejururawatan, semangat dan nilai kejururawatan sebenar.

“Pada mereka, jururawat itu mempunyai tanggungjawab hanya di penempatan klinikal semata-mata dan tidak seharusnya melaksanakan pendidikan kesihatan berterusan kepada masyarakat tanpa mengira masa dan ketika,” katanya.

Selain dari itu Badan Delegasi Jururawat Malaysia turut mempersoalkan sama ada jururawat tidak lagi boleh melaksanakan kempen kesihatan di luar hospital pada masa akan datang ataupun memberikan pendidikan kesihatan secara bebas berikutan tindakan dikenakan terhadap jururawat terbabit.

“Mohon ambil perhatian terhadap isu ini. Jangan kita bersikap inferior terhadap karier sendiri sehinggakan usaha individu untuk mempromosikan kesihatan awam dan kejururawatan kepada masyarakat. Dah penat dengan golongan atasan yang tak celik,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.